
Alhamdulillah Rejab kembali ziarah kita lagi. cuba bilang dah berapa rejab kita temui? Adakah kita sedar yang Allah masih pungut sampah (diri kita) untuk dibersihkan di recyclekan kembali?. Kerana Allah mengerti yang kita ada potensi untuk menjadi khalifah dan daie di atas muka bumi ini.
Rejab bulan menabur benih, syabaan bulan menyiram tanaman, dan ramadhan bulan menuai hasil tanaman tadi. Namun bila dititipkan kembali berapa banyak benih yang kita semai?..ada atau tidak yang kita nak siram ? Akhirnya ramadhan kita hanya berlapar dan dahaga sahaja. Tiada ruhi bila mengamalkannya. Dihadapan kita peluang taubat, peluang muhasabah, peluang perubahan telah dihidangkan oleh Allah. Nikmat yang dikurniakan apa yang dilakukan?. maka inilah jawapannya.
~KE ARAH MAGHFIRAH , NIKMAT DICURAH ALLAH ~
0 comments:
Catat Ulasan