Antivirus FREE VS antivirus Beli (yg ada LICENSED) (BAHAGIAN 1)

Bismillah. Segala puji ke Hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Dia memberi pinjaman O2 dan CO2 kepada kita agar kita dapat lagi mengabdikan diri pada NYA untuk menjadi KHALIFAH di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah yang banyak memberi tunjuk ajar tentang Islam sehingga kita dapat menikmati dan memilikinya. Alhamdulill

Cuti sem telah bermula bagi Maktab atau Teacher Training ( try speak english) telah awal menikmati cuti daripada IPTA yang lain. NAmun begitu bagi pelajarcuti adalah ditunggu-tunggu namun bagi Da'ie di University Of Tarbiyah cuti memang tiada dalam kalender tahunan. Cuti inilah kayu ukur kepada kita sebagai da'ie untuk memgaplikasi segala bentuk tarbiyah yang di terima selama ini. Sama ada teruk atau bertambah baik itu semua bergantung pada individu itu

Cuti baru-bari ini di rumah ana dikejutkann dengan serangan virus . Habis semua komputer di serang virus . semua kerja tergendala. Semua antivirus di cubanya dari yang tak bagus ke yang bagus. Tapi itu semua yang di download dari internet berstatuskan free. Di bandingkan jika kita beli antivirus di Kedai Komputer yang siap dengan licensed one year or three year, fungsinya memuaskan apatah lagi jika ditambahkan dengan internet security. Memang perfomance memuaskan hati dan komputer sentiasa dalam keadaan yang selamat. TROJAN, WORM. dan segala suku sakat virus semuanya mudah di scan dan di hapuskan.

Antivirus yang berstatus free, mudah di dapati, mudah di update, tidak perlu pada bayaran, yang perlu hanya cari di internet sahaja. Tapi ianya tidak memuaskan banyak virus yang mudah masuk ke dalam PC , NETBOOK atau LAPTOP. Antivirus yang ber'license' paling murah berharga tidak kurang RM 50 adanya siap INTERNET SECURITY mencecah harga RM 200.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “(Yaasin: 60).

Bila kita menyebut mengenai syaitan ia akan berkait rapat dengan nafsu yang jahat. Nafsu yang membawa kepada kemungkaran. Yang membawa kepada kemurkaan Allah kepada kita. Tarbiyah yang kita perolehi adalah sibghah terhadap jiwa dan akhlak kita. Tarbiyah yang kita perolehi itulah yang menghalang atau menjadi protection terhadap segala tindak tanduk kita sebagai seorang da'ie.



Tarbiyah di umpamakan seperti Antivirus. Bagaimana kita mula-mula dulu mendapat tarbiyah? Semasa perolehi tarbiyah dan selepas mendapat tarbiyah. Ini semua bergantung bagaimana seseorang itu mendapatkannya. Adakala seseorang itu mendapat hasil daripada latar belakang keluarga yang telah mendapat tarbiyah sekian lama. Jadi secara automatiknya dia pun di tarbiyahkan. Di sini ada dua peringkat sama ada dia akan jadi Qowiy atau dia akan jadi biasanya sahaja kerana berpegang pada 'alah mak ayah aku ikhwah' maka dia kan memandang enteng pada dakwah ini.

Ada pula mendapat tarbiyah kerana di dakwah fardiah kan ada pula yang mencari sendiri. Dan tarbiyah inilah yang akan menjadi kuatkan diri, menjaga segala akhlak kita sebgai seorang daie. MUTABAAH adalah antivirus yang paling penting ketika cuti ini. Jika kita mengambil ringan terhadap mutabaah maka ianya akan melemahkan diri kita maka nafsu akan menguasai.

Oleh itu bagaimana hendak dapat kan ANTIVIRUS INTERNET SECURITY ? betulkan niat mengapa kita sertai tarbiyah? dan bagaimana kita mengaplikasikan nya...dan adakah ianya sangat berharga dalam hidup kita. Insya allah ANTIVIRUS INTERNET SECURTY ini akan menjaga, scan dan protect kita. 

0 comments: