"tanda tangan BELUM kering" = IHSAN

0 comments
"Beritahukan kepada kutentang ihsan". 
Rasulullah menjawab : " Engkau menyembah 
Allah seakan-akan engkau melihat-NYA 
dan meskipun engkau tidak bisa melihat 
sesungguhnya Allah melihat mu". (hadis 2 dari hadis 40 imam nawawi)


suatu pagi, dialog yang sudah ku jangka akan berkumandang di corong-corong telinga ku membuatkan ku terfikir seketika apakah hidup ini hanya bermainkan emosi atau ianya suatu Assignment daripada Allah.


 " Ko, tanda tangan tak basah lagi, buat jer keje apa yang disuruh, jangan menolak tugasan yang diberi"


" Cikgu, belum ada surat lantikan tau, surat itu menandakan kita dah confirm sebagai penjawat kerajaan, jadi cikgu buat jer apa-apa keje"


"ustaz, kene handle nie..ustaz pasni handle nie pulak eak..ustaz nanti latih budak sekian-sekian eak..ustaz kene buat nie sebab tanda tangan pun belum kering lagi hahaha"


ku hanya mampu gelak dan senyum....


wah dialog yang sangat popular " tanda tangan masih basah, belum confirm lagi dan bla bla...."


Aku terfikir sejenak dan cuba mengaitkan apa yang aku perolehi sejak mengenali Islam yang sebenar walaupun aku tahu diri ini tak cukup sempurna. Adakah setiap perlakuan atau tabiat kita bergantung pada segala perkara yang dapat membebaskan kita untuk meringankan tugasan kita? Yup ku bercakap dalam konteks seorg penjawat awam terutama guru. Maaf jika tulisan ini ada yang mengatakan saya tidak puas hati.


Namun saya ingin mengajak mereka di luar sana yang sedang menjalankan tugasan tidak kira apa jua jawatan yang di sandang. Apabila kita berbicara " tanda tangan masih belum kering atau basah" seolah-olah kita melakukan kerja itu tanpa mengaplikasikan konsep ihsan. Adakah kita menjalankan tugasan ini semata-mata untuk dilihat di mata insan lain atau hendak dipandang oleh Sang pencinpta yang melantik diri kita sebagai Khalifah?


Tujuan hidup lah jawapan segala-galanya. Ibadah dan KHALIFAH. suatu tugasan yang kita lakukan hanya kerana Allah kita akan rasakan seperti Allah yang sedang menilai . Jika perasaan ini hadir maka kita akan rasa ...


" Wah ! tanda tangan aku nie memang tak kan kering sampai bila-bila"


Firman Allah swt " Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat ihsan" (al-Angkabut:69)

Ini bermakna setiap masa, setiap ketika setiap detik setiap saat kita sentiasa di perhatikan oleh Allah untuk dinilai. Dan perlu di ingatkan kita dinilai bukan sahaja cara pengajaran dan pembelajaran kita tetapi dari aspek hati juga kita dinilai. 

Ada yang bertugas kerana MINAT..
Ada yang bertugas kerana GAJI...
Ada yang bertugas untuk cari KEREDHAAN ALLAH


masih tidak terlambat untuk kita membetulkan niat kita sebagai seorang guru yang sedang mendidik jiwa-jiwa mereka yang masih kosong kerana jika tersalah atau tersilap niat maka segala amalan kita tidak di kira IBADAH dan bagaimana murid-murid kita hendak di bentuk menjadi INSAN yang BERTAQWA..

Marilah melakukan kerja dengan IHSAN
Jangan merasa setiap kerja itu BOSAN
kerana IHSAN dan dapat menerbitkan KEIKHLASAN
di dalam diri setiap INSAN


Cara Hidup Kau AKU dan KAMU

0 comments


Semoga perlakuan kita, tabiat kita dan perangai kita berada dalam lingkungan rahmat Allah. Subhanallah beb dah lama tak tengok sesawang nie .naik bersawang dah. Tetapi tugas sebagai Khalifah Allah itu lebih utama. syahadatul Haq perlu disebarkan beb walau apa jua keadaan, walaupun di mana dimensi kita berada. Sekali lagi syukur, 


Aku mula-mula dapat pendidikan awal kat TENQUERAH ENGLISH SCHOOL memang sekolah english, pastue ke SMKA SULTAN MUHAMMAD dan akhirnya ke IPG KTHO. Pelbagai ragama dan cara yang dipertontonkan. Lain institusi lain caranya. Sekarang aku mengajar di SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP


adoi dah macam nak ceritakan pengalaman jer..huhu...


Tertarik dengan kejadian baru-baru ini di tempat yang aku mengajar. Elemen islamik sangat banyak. Itu yang membuatkan seperti sekolah ini kurang sedikit bermasalah walaupun ada. yang paling tertarik ialah ketika nasyid Asma Ul Husna.Bukan setakat murid-murid dan guru, pak guard , mak guard, anak guard (kalo ada) turut menasyidkan bersama.Kadang-kadang sedih di tempat LATIHAN guru ..Guru tak pernah di LATIH baca asma ul Husna. Mcm mana nak biasakan diri. Subhanallah


Inilah Islam. Sebagai seorang Abdi, khalifah kita tidak boleh lari dari sistem ini. Ramai yang menganggap ilmu islam, cara hidup islam adalah untuk golongan Ustaz ustazah. Tetapi perlu di tekan bahawa Islam adalah suatu cara hidup yang wajib dilakukan oleh semua golongan dari peringkat bawahan sehinggalah atasan. 

cara hidup? pelik jer..aku dah solat, puasa, zakat, haji cukuplah islam aku kan/

NO !

itu bukan cara hidup tapi itu tuntutan dalam kehidupan sebagai muslim. jangan kita leka dan tertipu aku dah banyak solat, aku dah puasa banyak dan bla bla bla....tetapi segi pakaian, percakapan, perbuatan tidak mengambarkan kita seorang ISLAM..

Tulisan ini bagi menasihati diri sendiri mungkin tulisan ini seperti suatu yang ringan dan mungkin tiada apa2 sebarang input tapi saya nak menyatakan kat sini marilah kembali kepada 

CARA HIDUP ISLAM 
CARA HIDUP ISLAM MEMANG OSEM !!!!

Jawapannya semua dalam...

AL-Quran.....salah satu rukun iman..jika kita tidak mengikutinya maka mungkin kita tidak imaninya..kerana percaya kepada kitab ALLAH adalah wajib..







~Ada aku Kisah~

0 comments
 biar keaiban kita di buka luas di dunia
 asalkan kesedaran diri terus membata
kerana itu yang allah kata apa yang dunia dibalas sekata
namun di akhirat tempat akhirnya
jangan takbur dengan segala kata 
kerana diri kita juga yang membuatnya
kerana apa yang dikata
 adalah penilaian diri kita...

membuat keaiban memang sifat manusia 

yang sering alpa apabila berkata
namun sifat manusia yang lebih DURJANA 
hanya mengira silap org sahaja apatah lagi menyebut-nyebutnya
kata hebat beriman pada yang esa 
namun punah di hati tidak terkata..

biar apa mereka nak kata

man ra a mingkum mungkaro tetap tidak ku lupa
 walaupun banyak dosa dari pahala
kerana allah tahu apa dalam hati kita
oleh itu jangan dikira jahat org sahaja
tahu mengungkit tak terkata...


~fadhli2012~

Kayu Basah

0 comments
Assalamualaikum semua...wah lama betol tak mengadap sesawang nie dah naik bersawang dah..inilah pada bila lupa hendak menjalankan kerja-kerja allah. Rasa malas, culas, lazy dan bermacam lagi bersarang dalam hati. Ternyata tugasan di peringkat IPT diri sendiri tak dapat bendung inikan nak rempuh alam realiti ..astaghfirullah..


imbas kembali di IPT...ISK ...SH....hadis ghulam...sayonara jahiliyyah..dan banyak lagi dah di tempuhi tapi terasa diri ini masih belum sempurna.. lebih banyak jahiliyyah dari tarbiyah...


menunggu nak posting sesuatu yang memeritkan ujian silih berganti..kadang-kadang ternganga menunggu tarbiyah hadir, namun sifat daie bukan menunggu namun mengejar itulah hakikatnya. Bila dah lama tak polish maka berkarat lah hati ini. Teringat semasa berkerja di ladang ..aku ingin membakar daun2 dan kayu. Ketika itu baru sahaja hujan, so kayu dan daun dalam keadaan basah..aku paksakan diri untuk membakar jua..Aku mengambil masa selama 10 minit hingga 15 minit untuk membakarnya. Umpan yang digunakan hanya surat khabar lama. Banyak UMPAN yang aku guna kan untuk bakar...Pergh penat letih dan boring tapi usaha tetap dijalankan dan akhirnya api dapat di hidupkan. Bila api dapat dihidupkan , ianya perlu di jaga agar tidak cepat terpadam...penat tak terhingga..dan akhirnya marak jua...

Jom Servis kereta Anda..tiap-tiap hari ..PERCUMA SAHAJA !

1 comments
Setiap bulan kereta aku nie mesti kene hantar servis, banyak pula k yang kene tukar tue. Minyak hitam, filter dah pasti wajib tukar dan  bayar. Belum check lagi brek, timing belt, tayar. Aduhhh...duit melayang-layang. Baru guna kereta murah bukan kereta mewah. Kalau pakai lamborghini ker...ferrari ke...bengkok poket...hmmmmm...


saudara ku....


Menerobos diri yang banyak kekhilafan ( ayat sadis huhuhu). Manusia seperti kereta malah lebih hebat dari kereta (memang lah kereta mana ada akal adoi yai ).tapi apa al-Qutb (gelaran baru dalam blog)nak ngoyak kat sini ialah manusia juga perlu di servis. Perlu lihat breknya...minyak hitamnya...timing belt nya.....

Pasar Malam VS MALL

4 comments
adoi tetibe pulak radio buat hal...hmm duit tengah kering...walaupun tidak berapa penting tapi radio nie lah penghibur bila boring-boring. sedikit sebanyak maklumat pun dapat. Adoi payah-payah. Hah ! kebetulan ari ni ada pasar karat ( pasar black market). Try cari kat sana lah mana tahu dapat yang murah sikit. 


Tit tit (bunyi mesej yang manja)...MAT JOM KUAR GI PASAR KARAT ...mat pantas jawab ...JOM...

sebarkan