Biar benci tapi di sayangi

biar diri di pandang serong kerana engkau berPRINSIP.. 

biar luah biar di benci
jangan di sayangi berpura di hati 
biar benci membanjiri diri 
asalkan diri tidak di soal nanti 

biar engkau rasa sendiri 
tatkala tiba suatu hari nanti 
perjalanan masih jauh berduri 
akan ku cuba tabah kan hati 

 jangan sangat mencintai diri
kelak timbul benci bersemi 
jangan benci jadi makanan diri 
kelak sayang menyelubungi hati 

hila tawa mudah di cari 
teman nangis payah di temui 
hanya allah pengganti diri 
mudahan aku dirahmati... 

~cubalah uji sahabat dengan sikap kejelikan mu, andai dia dapat menerima maka dia lah sahabat mu~ 
~(cikgufadhli)~

0 comments: