Ketika sunyi ALLAH 'dating' dengan KITA tanpa disedari...

Assalamualaikum dan salam ukhwah di tujukan kepada pembaca blog ku yang setia. Alhamdulillah pada hari ini, pada ketika anda sedang membaca nukilan ini, dan ketika saya menulis Allah masih lagi memberi kita 2 nafas yang penting iaitu nafas sedut O2 dan hembus CO2. Terfikir tidak kita jika salah satu daripada unsur itu tiada maka kita tidak dapat lagi membuka mata. Subhanallah, Allah beri tanpa upah saudara ku. Sedangkan boleh sahaja allah hendak membuat upahnya, tinggal lagi Allah tahu kemampuan kita. Ya Allah ampunkan dosa kami jika selama ini kami menggunakan 2 nafas ini ke arah maksiat yang menyebabkan kemurkaan mu.

Dosa, buat ke neraka jika ditinggalkan  ke syurga. Dosa, melakukan manis tapi natijahnya pedih. Dosa, ramai yang meminatinya pahala? lihat keadaan semasa, jika sesuai pada tempatnya barulah lakukan. Dosa, senang dilakukan, pahala? "Aaah...kang aku buat mesti orang kata aku poyo"



Itulah kejahilan diri kita tanpa kita sedari. Dosa, boleh dilakukan terang-terangan apatah lagi ketika bersendirian. Jika yang terang-terangan mestilah akan di benci oleh Allah dan orang sekeliling. Itu fitrah alam. Namun begitu, ketika sunyi pun masih lagi hendak buat dosa? Ketika itu hanya kita dan Allah sahaja yang ada.

Mereka yang melakukan dosa ketika sunyi ini adalah waras, malah rata-ratanya beriman kepada Allah. Cuma darjah kepercayaan bahawa Allah maha melihat itu tidaklah jitu seperti yang diharapkan. kesimpulannya, para pendosa ini tidak takutkan Allah ketika bersendirian


Remaja yang duduk berduaan ditempat sunyi, perbuatan di dalam panggung wayang mungkin orang sekeliling tidak nampak tetapi si pelaku dan Allah sahaja yang tahu, mesej antara teman lelaki dan wanitanya yang mungkin boleh membuka ruang kepada zina, mungkin bukan zina bersekedudukan tetapi zina hati sudah pasti, penguatkuasa yang menagih rasuah dan segala perlakuan yang mendatangkan dosa ketika sunyi. Apa sahaja, boleh namakan, menggambarkan manusia cuba menutupi kesalahan dengan melakukannya secara rahsia. Ketika dia merasakan tiada manusia yang boleh menghidunya. Secara sedar, dia melakukan 'LIVE' di hadapan Allah yang maha mengetahui setiap detik yang berlaku.

PESAN NABI
Rasulullah pernah berpesan agar sentiasa takut kepada Allah. Itu lah takwa yang bermaksud rasa takut kepada Allah yang ditanam di dalam hati orrang yang beriman. Sedar tidak sedar, inilah nilai integriti yang di didik oleh Allah kepada hamba-hambanya yang jahil. Masyarakat sekarang heboh dengan 'perkasakan nilai integriti', 'bulan integriti' dan banyak lagi kempen-kempen yang mungkin tidak dapat memberi kesan. Tetapi Allah awal-awal lagi telah mengadakan program ini sejak kita dari kecil.

Malahan Al-Quran merakam nilai integriti ini di dalam surah Al-Mulk ayat 12 yang bermaksud
Seseungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Dari ayat diatas boleh kita katakan siapakah yan lebih mulia? antara orang yang takut melanggar hukum tuhan ketika manusia tidak nampak atau juga yang tidak pernah melihat azab Allah? inilah dua penilaian Allah sebelum mengganjari kita dengan pahala dan keampunan.

Inilah resepi dalam membina nilai integriti dalam diri seseorang. tidak perlu dirinya diawasi dengan kamera litar bertutup, mahupun ditempat kamar yang berkaca, tetapi nilai dalam dirinya akan sentiada merasakan 'CCTV' Allah ada dimana-mana. Kita akan merasakan jentera Allah iaitu malaikat akan melaporkan status diri kita pada Allah.

Natijah daripada perlakuan dosa ketika bersendirian atau ketika orang tidak nampak ialah ia akan memusnahkan amal ibadah yang kita lakukan. Ia seumpama beribadah bukan lagi kerana allah, kita lebih malu kepada manusia daripada malu kepada Allah.

Takutkan Allah ketika bersendirian akan melindungi diri kita daripada cuba melakukan maksiat dan dosa yang kita malu jika orang lain mengetahuinya. Bisiklah pada hati agar sentiasa takut pada Allah terutama ketika syaitan sedang membujuk rayu dan nafsu sdang mengemudi diri kita. Ketika itu iman akan dilanda ombak yang ganas.


Memang benar saat-saat remaja ini semuanya indah. Dapat ber SMS bersama alangkah seronok walaupun isi kandungannya Allah sahaja yang tahu, setelah SMS hati ingin bertemu dengan si dia, hanya Allah yang tahu niat ketika itu. Kita faham yang itu salah yang ini salah. Islam tidak ajar sebegini apatah lagi ibu bapa tidaklah mendidik menjadi sebegitu. Diri ini juga tidak terlepas dengan zaman remaja ini yang pernah melakukan dosa-dosa secara senyap atau ketika sunyi ini dan mungkin pembaca-pembaca juga pernah melakukan. Namun begitu bersyukur kerana Allah masih sayang kita dan dia hendak lagi mendidik kita pada jalan Islam. Itu tanda ALLAH SAYANGKAN KITA berbanding mereka yang telah kalah dengan hawa nafsu

YA Allah, wahai tuhan yang maha mengetahui. Ampunilah dosaku dan dosa pembaca-pembaca entry ku atas segala dosa dan kesalahan yang dilakuakan, yang sengaja atau yang tidak sengaja. Yang dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Ampunilah kelemahan kami. bantuilah kami mentaati-MU

0 comments: