HIJRAH...? AKU SEDARKAH?


"Assalamualaikum faisal, apa khabar?" sapa taufiq ketika tiba di bilik kawannya itu.
"walaikumussalam, taufiq, aku sihat jer"jawab Faisal yang ketika itu sedang bermain game PES 2010.
"Hah, faisal apa azam kau tahun baru nie?"tanya taufiq pada Faizal
"Eh, apasal pulak tahun barunya, ni baru berapa hari bulan bro. Lambat lagi lar" sahut Faisal yang selamba sambil tangannya masih menekan keyboard komputer.
"La..kan kita dah masuk tahun hijrah baru 1431H tak kan ko tak perasan?hmmm..."balas Taufiq
Dikala itu Faisal hanya mendiamkan diri kerana kejahilannya.


Mungkin perbualan ini biasa bagi kita, tiada apa-apa yang menarik. tiada apa-apa yang dapat memberi kesan pada kita. atau mungkin jalan ceritanya biasa sahaja. Namun jika di lihat kepada mesej banyak member erti pada diri kita. Selama ini kita hanya tahu tahun Masihi sahaja. tahun hijrah agak payah hendak ingat. Kalau ingat pun semasa 1 Syawal, 1 Ramadhan, Raya Aidiladha dan hari-hari penting Islam. Itu pun kalau di ingatkan barulah muncul dalam kepala kita.
Tahun baru telah menjengah kita, tahun lepas telah tinggalkan kita dengan seribu kenangan. Mungkin dengan seribu pahala atau bertimbunnya dosa hingga tidak terkira. Nauzubillah. Tahun baru bermakna semakin kuranglah umur kita-diri kita semakin hampir dengan Allah untuk menemuinya. Bak kata sesetengah orang Rumah kata pergi kubur kata mari.
sempena tahun baru ini marilah kita muhasabah diri kita, apa yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu dan sebelumnya serta berusaha untuk melakukan yang terbaiksekarang, selagi hayat dikandung badan. AKU BUKANLAH YANG TERBAIK. Itulah diriku, nukilannya untuk diri ku tetapi jika pembaca dapat pengajarannya kutiplah dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah dapat kita berkongsi dan keberkatan dari Allah bersama.
Semalam, hari ini dan esok. Itulah 3 masa yang ada dalam hidup kita. Semalam sudah menjadi sejarah, esok hanya Dia yang mengetahui. apa yang ada ialah hari ini, itulah modal yang ada pada kita untuk digunakan semaksimumnya bagi mencipta bahagia di hari muka.
Pertama marilah kita imbas kembali atau menyemak kembali diri sendiri dan keluarga. Orang sekarang banyak bercakap mengenai pendapatan. Perniagaan Internet, MLM, perniagaan sini, pelaburan sana. Tetapi pernah tak kita bertanya pada diri sendiri secara jujur apakah perolehan kita ini halal?Jika rezeki kita ini tidak halal bagaimana mungkin kita mahu membina diri menjadi cemerlang? Tentu sahaja pelajaran susah nak masuk dalam hati, susah nak ingat. Sebab apa? tiada keberkatan  Oleh itu saudara-saudara TEPUK DADA TANYA IMAN, jangan tanya NAFSU nanti diri menjadi lesu.
Kedua, cuba kita bertanya pada diri kita mengenai solat. Solat tiang agama. Solat itu bukan 1, bukan 2, bukan 3,bukan 4 tetapi 5 wahai saudara. Berapa banyak yang kita sudah tinggal solat?Subuh kita?macam mana? malah Rasulullah pernah berkata jika hendak melihat prestasi seseorang dalam hidupnya lihatlah subuh berjemaahnya. Dimanakah diri kita?inikah calon syurga yang Allah hendak listkan?
Dalam keadaan yang lain, solat tetap solat tetapi adakah waktunya tepat?atau kita solat diakhir waktu?jika kita dipanggil TUAN PENGARAH, atau pensyarah ingin berjumpa semestinya, on the spot kita akan pergi. Hebatnya kuasa manusiakan? Tetapi jika Allah yang mencipta kita panggil mengapa kita lengah-lengahkan? Ini kerana manusia jika memanggil manusia dan tidak dipatuhi maka manusia yang dipanggil itu akan mendapat denda ketika itu juga. Tetapi sekiranya Allah buat begitu bagaimana? adakah kita tahan dengan azab Allah?Api dunia pun kita tidak sanggup.
tuntasnya, sehubungan dengan nafsu jahat diri saya dan tuan puan ini, sempena Hijrah 1431, marilah melakukan muhasabah dengan mengkoreksi diri sendiri dan keluarga. Semoga tahun ini menjadi titik permulaan menjadi hamba yang soleh dan solehah.





1 comments:

IMANNURBALQIS berkata...

Andai ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda...ku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tapi ku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku bersama membina kembali bangunan usang itumenjadi sebuah bangunan tersergam indah...pesan imam Hassan Al-Banna...salam maah hijrah