PERTAMA OK.......KEDUA KO....MENGAPA JADI BEGINI?

Malam itu setelah solat Maghrib di masjid, aku terus naik ke bilik asrama, dan terus ke bilik untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. itulah rutin harian ku. Aku melihat jam di tangan, 5 minit lagi kan masuk waktu solat Isyak. Aku bersiap dan terus melangkah keluar dari bilik ku yang bernombor 04-108.
Langkah demi langkah aku menapak. Tiba-tiba langkah aku terhenti di sebua bilik kawanku. hilai ketawa mereka ku dengari sehinggakan panggilan azan yang sudah berkumandangan hampir tenggelam dek kerana suara riuh itu. Demi tanggungjawab sebagai muslim aku mengajak mereka yang ketika itu sedang leka bermain kad daun terup.
First OK Second KO
"Assalamualaikum, bro jom gi solat jemaah, dapatlah kita imarahkan masjid, tak kan tak dengar azan tu...jom arrr" sahut aku pada mereka
selesai ajakkan yang pertama tadi, pada awalnya mereka tersenyum dan tiba-tiba ayat kedua aku yang aku lafazkan tadi membuatkan ada diantara mereka menarik muka dan masam muka. aku serba salah dan terus memberi salam lantas mengundurkan diri.
Selesai solat Isyak berjemaah, aku duduk seorang diri dan muhasabah apa yang berlaku tadi.
"Aku tegur diorang tadi rasanya x salah dan betultetapi kenapa aku cepat sangat melontarkan kata-kata yang sensitif tadi?...adoi....Ya Allah....ampunilah hamba mu ini..."monolog hati ku yang sedikit kesal kerana uslub dakwah yang diguna salah sama sekali..aku tidak buat secara berhikmah.
Panduan dari Rasulullah
Kita tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian ini. Tiap-tiap hari pasti kita ada melontarkan "ayat kedua" yang tidak perlu itu. Hadirnya kata-kata ini mengundang duka di jiwa bukan penawar kedukaan. Memang di akui ada unsur nasihat namun "ayat kedua" tadi akan membekas di dalam hati umpama parut dari luka yang telah sembuh.
Dalam hal ini, walaupun ayat tadi mengajak kepada kebaikan namun jka diterjemahkan kepada ayat yang tidak positif maka kesan negatuf akan hadir terlebih dahulu.

Oleh itu, jika tidak mampu untuk melakukan itu maka adalah lebih baik diam dari berkata-kata yang menyakitkan. Namun kita tidak harus telrus senyap bila bertemu dengan perkara mungkar tetapi belajar dari kesilapan yang lalu. Kata-kata yang dilontarkan daripada kita mungkin menyakitkan orang. tetapi dari situlah kita perlu muhasabah diri kita. Inilah yang dinamakan tarbiyah daripada Allah. Ini sesuai dengan sebuah hadis dari Rasulullah mafhumnya SAMPAIKANLAH KATA-KATA AKU WALAUPUN DARI SATU AYAT
Oleh itu ambillah yang jernih, yang kurang dijadikan sempadan. ini smeua adalh melatih diri kita menjadi umat yang terbaik seperti dirman Allah di dalam surah Ali 'imran ayat 110 yang bermaksud
KAMU (UMAT ISLAM) YANG TERBAIK  YANG DILAHIRKAN UNTUK MANUSIA, (KERANA KAMU) MENYURUH YANG MAKRUF DAN MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR DAN BERIMAN KEPADA ALLAH
 Dari ayat dapatlah kita ketahui bahawa kita adalah dari baka yang baik yang telah dipilih oleh Allah secara KHAS untuk umat manusia. Jadi kesilapan adalah punca menuju kecemerlangan jika di tangani dengan usaha yang gigih berpandukan Al-Quran dan Assunnah.
Beberapa Contoh
"Puan, kami dah terima surat permohonan berhenti kerja Puan. Sayang ye, Puan berhenti pada zaman orang lain sibuk mencari kerja" "ayat kedua" dilafazkan dan terus menerjah ke telinga dan menolak kata-kata baik yang pertama.
"saya nasihatkan isteri awak perlu dapatkan rehat secukupnya. Tiap-tiap tahun beranak, awak tak sayang isteri awak ker?" ujar seorang doktor wanita kepada sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata yang ke tiga.
Yang Pertama Yang Kedua...
Dialog di atas sebagai contoh, yang mungkin kita pernah buat. kata-kata itu tiada manfaat dan mungkin melambangkan hati yang perlu dirawat dan di cuci dengan zikrullah dan ingatan Ilahi..

Ya Rabbi aku dah banyak terlanjur dalam melontarkan kata-kata sepanjang hidup ini...bimbinglah aku Ya Allah.....Aku hanya hanya manusia hina dan tidak punya apa-apa....


Semoga kita mendapat ibrah yang berguna ...INSYAALLAH...


***

1 comments:

Rosi A.M Al-Ya'kubiyy berkata...

salam akhi..

Ana bagi komen lagi yea..
Dakwah itu adalah dengan berhikmah. Dengan berhikmah ini, ia dapat memikat mad'u kita.

Ana nk utarakan point dr buku THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE karangan Stephen R. Covey mengatakan "Begin with the end in mind", yang bermaksud "mulai dengan akhir di fikiran". Dengan ini kita kena konsentrasi dan
mempertimbangkan segala konsekuensinya (akibatnya) sebelum bertindak, sehingga dapat hasil yang produktif.
Insya'ALLAH, bila kita bertindak dengan memikirkan kesan dan akibat dari teguran kita, mad'u akan tertarik dengan ajakan kita.

Benda baik, kalau diajak dengan cara yang berhikmah, insya'ALLAH berkesan. JOM DAKWAH dengan BERHIKMAH..!