Al-Quran Sebagai Penyuluh Hidup

Assalamualaikum kepada pembaca ana yang ana kasihi. Sudah lama ana tidak menulis, kerana kesibukan diri ini kepada perkara-perkara lagha dan menjadi futur seketika, mungkin diri yang kerdil lagi hina melakukan sesuatu sehingga melupakan Allah. Insya Allah ana akan mula menulis kembali dan harap pembaca tetap setia membaca walaupun ana tahu artikel ana tidak seberapa. Ana harap penulisan ana ini dapat dijadikan panduan dalam hidup ana dan pembaca sekalian.



Zaman sekarang tidak sah jika hantaran perkahwinan tidak di lengkapi dengan senaskhah Al-Quran. Namun, bila telah bernikah dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri nilai Al-Quran yang di beli tidak setaraf dengan nilai pembacaan yang diamalkan, malah kadang-kadang Al-Quran itu berada seperti SUCI DALAM DEBU. AL-Quran diwujudkan hanya sebagai syarat. kita hanya ingat dengan hantaran Quran kita dapat menerangi perjalanan rumah tangga hingga akhir hayat tetapi kita silap.




Rumah kita duduki sekarang, tidak lengkap atau tidak sempurna jika tiada Ayat-ayat suci AL-Quran digantung di dinding. Pelbagai jenis ayat Quran di gantung di dalam rumah. Kita menyangka dengan tergantungnya ayat-ayat itu maka rumah kita mendapat perlindungan sepanjang masa. Kita sangka dengan tergantungnya ayat-ayat itu rumah dapat di terangi dengan cahaya nur. Betapa BODOHnya kita. Tiada gunanya jika ayat-ayat itu tidak ditasbihkan di tepian bibir untuk dijadikan amalan zikir setiap masa.


Rasulullah S.a.w bersabda "JANGANLAH KAMU JADIKAN RUMAH-RUMAH KAMU SEPERTI PERKUBURAN, SESUNGGUHNYA SYAITAN MELARIKAN DIRI DARI RUMAH YANG DIBACA PADANYA SURAH AL-BAQARAH." (RIWAYAT MUSLIM)


Prof Dr Yusuf Qaradawi pernah menyatakan, Al-Quran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang sesiapa yang membacanya menjadi ibadat. Al-Quran bukan diturunkan sebagai kitab hiasan dan bukan jua untuk hari kematiaan sahaja.


kita hidup di alam fana' ini sebenarnya adalah gelap walaupun zahirnya terang benderang. Tetapi itu semua adalah penglihatan yang zahir. Penglihatan yang banyak menipu kita. Manusia zahirnya cenderung kepada arah yang terang. Oleh itu Allah telah menyediakan kita cahaya yang sangat terang untuk kita jadikan TORCHLIGHT semasa perjalanan di atas dunia ini. Allah tahu bahawa manusia memerlukan pimpinan dari Sang Pencipta.


Analoginya, kereta Waja hanya dapat diperbaiki oleh pengedar proton sahaja tidak boleh dibaiki oleh pengedar Mercedes. Itulah hakikat kita, kita hanya dapat diperbaiki oleh pencipta kita iaitu Allah. Barang siapa mencari selain Allah untuk memperbaiki diri kita maka kita telah berada di dalam lingkungan syirik. Ini kerana kita telah memilih selain Allah untuk dijadikan panduan hidup.


Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik, menyekutukanNya, tetapi akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang kehendakiNya (menurut aturan syariatNya)


Jelas di sini Al-Quran dapat dijadikan penyuluh di dalam kehidupan tanpa mengira warna kulit, bangsa, rupa dan pangkat. Apa yang penting apabila seseorang menjadikan Al-Quran sbagai penyuluh hidup maka kehidupannyaakan membuahkan hasil yang tepati dengan kehendak Allah. Oleh itu cuba kita soal diri kita adakah kita jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup? dan adakah pemimpin Negara kita menggunakan AL-Quran sebagai buku perundangan yang utama dalam sistem pentadbiran.?

0 comments: