Tit tit (bunyi mesej yang manja)...MAT JOM KUAR GI PASAR KARAT ...mat pantas jawab ...JOM...
ko nak beli apa nie pali? tanya mat, aku nak beli radio lah, radio aku rosak ,jawab aku. OK jom...
Klik radio yang baru beli tadi aku pasang kat bilik. POM !! tersentak aku (sambil muka macam beruk terperanjat) sebab radio meletup dan blok o6 (asrama ) black out.. adoi......keluh ku
***maaf tatabahasa pasar punya hehehe***
Pasar karat ...hmmmm aku terfikir sejenak mengkoreksi diri ( perg ayat skema huhu). Kenapa lah aku beli radio kat pasar karat kan? berbanding kalau aku beli barang kat Mall. Mungkin lebih untung lagi. Ialah kualiti pun ada tak lah menyusahkan semua orang sekarang ( blok dah black out , maki pun dapat ..huh aku dah menyusahkan orang sambil muka sedih hehehehe).
Umur seperti BAZAR / TEMPAT JUAL BELI

Jom beli barang kat Mall ( Kesedaran tinggi)
Ibnu jauzi pernah ngoyak
" ciri-ciri orang yang selalu sedar ialah pemikiran orang mukmin sering dikaitkan dengan akhirat. Apa sahaja
yang dia lihat di dunia akan memotivasikannya untuk akhirat."
misalnya, jika seseorang itu peniaga kain, bila dia pergi membeli atau borong kain dia akan menilai kain itu dengan sedalam-dalamnya. Jika seorang arkitek, bila dia lihat bangunan , arkitek itu tahu apa kelebihan dan kekurangan bangunan itu. Begitu juga seorang mukmin, jika ia terpandang kegelapan maka ia akan mengingati kegelapan kubur, jika ia lihat hal-hal yang menyakitkan atau merasainya lalu dia akan merasai kesakita di dalam kubur. Apa yang ada disekelilingnya , akan diterjemahkan pada akhirat kelak.
Sebagai daie / naqib/ naqibah..pernah atau tidak kita sedar? Kita sering menyedarkan anak-anak buah kita namun kita kurang mengkoreksi diri. Kita bagai di zon selesa. Kadang-kadang kita lupa banyak yang telaj tersilap yang menyebabkan hati gelap, dosa menjadi budaya, dosa yang dilakukan tidak ada rasa apa-apa, seperti menjadi sibghah dalam diri. Kadang kala terpancul di bibir " tak mengapa kecil sahaja...nauzubillah)
1. telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).
2. tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,
3. (lagi) hati mereka dalam Keadaan lalai. dan mereka yang zalim itu merahasiakan pembicaraan mereka: "Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, Maka Apakah kamu menerima sihir itu, Padahal kamu menyaksikannya?"
(surah al-anbiya' : 1-3)
4 comments:
salam... saling ingat mengingati... insyaallah.
salam..
xsangka kan setiap perkara yg berlaku dalam hidup ni ada banyak perkara yang tersirat sebenarnya.. insyaAllah,, sama2 ingatkan diri..
Fikir-fikirkan apa yang telah kita lakukan selama ini. Perbanyakkan memohon keampunan dari Allah SWT atas setiap dosa dan kemungkaran yang kita lakukan. Mudah-mudahan kita mendapat ampunan dari Nya seluas langit dan bumi
" ciri-ciri orang yang selalu sedar ialah pemikiran orang mukmin sering dikaitkan dengan akhirat. Apa sahaja
yang dia lihat di dunia akan memotivasikannya untuk akhirat."
nice words..:)
Catat Ulasan