Rintihan dan Harapan

Hari Ini...
Bukan semudah semalam..
Untuk bergelar manusia sempurna..
Ribuan keringat perlu dikorbankan..
Jutaan jua perlu dilepaskan..
Agar suatu hari nanti Islam dalam pelukan..

Sekali langkah sumbang..
Rebah menyembah ke dasar lembah..
Putus asa tidak akan ku tambah
Bangunnya diri bersama gagah..
Lantas tersenyum megah, apabila Islam menjadi GAH..

Semua ini perlukan pengorbanan
Pengorbanan yang disertakan kesabaran.
Kesabaran yang dititipkan keimanan
keimanan yang bermula dari penyaksian

Selagi berprinsipkan Al-Quran dan sunnah
usah gusar hidup akan punah
Usah Gusar terhadap mehnah
Kerana inilah sunnah

Mehnah mematangkan kita
Mehnah membina jiwa kita
Menyiram iman menjadi bata
Untuk membentuk abdi sempurna

Mukmin sejati, kental seperti nabi,
Di caci, di hina, dan sering di maki
Namun allah bersamanya lagi
Kerana ingin Islam di Puncak tertinggi.

Usah ratapi kedukaan
Hingga makan diri dan perasaan
Pandang ke depan Baiki persiapan, 
Agar ISLAM MARA KEHADAPAN

nukilan : hamba abdi mohd fadhli othman



0 comments: