perlu ker JIN ke ISK? SAYONARA JAHILIYYAH?

assalamualaikum..Subhanallah ..lama betul tak tulis blog naik bersawang dah ...fuh selwat dan salam untuk rasulullah junjungan ...rahmat dan sejahtera kepada keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan semua pejuang islam... panjang betul tajuk kali nie....

2 minggu lepas pergi KBM seperti biasa bagi membantu ikhwah2 melaksanakan aktiviti dakwah masyarakat lebih-lebih lagi sekolah...KBM tue apa? KBM tue Keindahan BERsama MU....alhamdulillah ikhwah melaksanakan dengan begitu baik...son fruit ana iaitu akh amar berjaya melaksanakan slot KENAL SAYA KENAL AWAK...pergh memang berkesan dengan gandingan Akh Fikri...semogaDakwah antum terus bergerak maju..

Slot malam di adakan bacaan matsurat..terasa tenang mendengar dan membaca apatah lagi bersama IKHWAH seperjuangan walaupun diri kadang kala tersungkur di lubang KHANDAK (kalo ada lagi parit tue)...terubat rindu mendengar alunan dan roh2 tarbiyah...rindu sangat nagn antum...selepas itu saya diberi tanggung jawab untuk tazkirah..Tazkirah banyak berkisar tentang CINTA RASULULLAH...

Selepas itu...bermulanya part one dalam meniti angin malam seorang peserta diganggu oleh JIN...lalu saya di hubungi...hmmm cabaran seorang yang bergelas ustaz..." UStaz2 tolong.."benda" tue nak ustaz keluarkan ..org lain dia tak nak" perghh seriau dengarnya....

" apa aku leh buat? kalo manusia boleh lah aku nasihatkan , aku bantukan ...kalo jin yang merasuk manusia? tak kan aku nak bagi dier ISK? SYAHADATUL HAQ? SAYONARA JAHILIYYAH? hmmmmmm"

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, (2:208)

Sungguh indah tarbiyah kita pelbagai cabang ada...adakala kita mahir dalam sesuatu bidang namun kita lemah sangat2 dalam bidang yang lain..ketsiqahan kita berada di mana-mana sahaja kita berada namun bagaimana, bila dan cara itu yang perlu kita menyusurinya agar mudah kita menjalankan dakwah di tengah-tengah masyarakat...namun dari kejadian di atas ibrahnya memang terkesan saya berfikir betapa pentingnya mutabaah amal dalam tarbiyah ini..dan yang paling penting ianya bersangkut paut dengan hati...

 Hati anda ikhlas ke wahai ikhwah dan akhwat?
hati anda suci dari mazmumah ke ikhwah dan akhwat?
hati anda berada dalam lingkungan rahmat ke ikhwah dan akhwat?
cukup ker tanda "right" pada borang mutabaah pada naqib/ naqibah?

tepuk dada tanya iman...

MANIS IMAN..
MANIS SENYUMAN
LUNAK DAKWAH
LUNAK TARBIYAH


~akuyangmasihbelajar~

1 comments:

Ghuroba' berkata...

walaweyh..
last skali anta berjaya tak keluarkan benda tu?