"tanda tangan BELUM kering" = IHSAN

"Beritahukan kepada kutentang ihsan". 
Rasulullah menjawab : " Engkau menyembah 
Allah seakan-akan engkau melihat-NYA 
dan meskipun engkau tidak bisa melihat 
sesungguhnya Allah melihat mu". (hadis 2 dari hadis 40 imam nawawi)


suatu pagi, dialog yang sudah ku jangka akan berkumandang di corong-corong telinga ku membuatkan ku terfikir seketika apakah hidup ini hanya bermainkan emosi atau ianya suatu Assignment daripada Allah.


 " Ko, tanda tangan tak basah lagi, buat jer keje apa yang disuruh, jangan menolak tugasan yang diberi"


" Cikgu, belum ada surat lantikan tau, surat itu menandakan kita dah confirm sebagai penjawat kerajaan, jadi cikgu buat jer apa-apa keje"


"ustaz, kene handle nie..ustaz pasni handle nie pulak eak..ustaz nanti latih budak sekian-sekian eak..ustaz kene buat nie sebab tanda tangan pun belum kering lagi hahaha"


ku hanya mampu gelak dan senyum....


wah dialog yang sangat popular " tanda tangan masih basah, belum confirm lagi dan bla bla...."


Aku terfikir sejenak dan cuba mengaitkan apa yang aku perolehi sejak mengenali Islam yang sebenar walaupun aku tahu diri ini tak cukup sempurna. Adakah setiap perlakuan atau tabiat kita bergantung pada segala perkara yang dapat membebaskan kita untuk meringankan tugasan kita? Yup ku bercakap dalam konteks seorg penjawat awam terutama guru. Maaf jika tulisan ini ada yang mengatakan saya tidak puas hati.


Namun saya ingin mengajak mereka di luar sana yang sedang menjalankan tugasan tidak kira apa jua jawatan yang di sandang. Apabila kita berbicara " tanda tangan masih belum kering atau basah" seolah-olah kita melakukan kerja itu tanpa mengaplikasikan konsep ihsan. Adakah kita menjalankan tugasan ini semata-mata untuk dilihat di mata insan lain atau hendak dipandang oleh Sang pencinpta yang melantik diri kita sebagai Khalifah?


Tujuan hidup lah jawapan segala-galanya. Ibadah dan KHALIFAH. suatu tugasan yang kita lakukan hanya kerana Allah kita akan rasakan seperti Allah yang sedang menilai . Jika perasaan ini hadir maka kita akan rasa ...


" Wah ! tanda tangan aku nie memang tak kan kering sampai bila-bila"


Firman Allah swt " Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat ihsan" (al-Angkabut:69)

Ini bermakna setiap masa, setiap ketika setiap detik setiap saat kita sentiasa di perhatikan oleh Allah untuk dinilai. Dan perlu di ingatkan kita dinilai bukan sahaja cara pengajaran dan pembelajaran kita tetapi dari aspek hati juga kita dinilai. 

Ada yang bertugas kerana MINAT..
Ada yang bertugas kerana GAJI...
Ada yang bertugas untuk cari KEREDHAAN ALLAH


masih tidak terlambat untuk kita membetulkan niat kita sebagai seorang guru yang sedang mendidik jiwa-jiwa mereka yang masih kosong kerana jika tersalah atau tersilap niat maka segala amalan kita tidak di kira IBADAH dan bagaimana murid-murid kita hendak di bentuk menjadi INSAN yang BERTAQWA..

Marilah melakukan kerja dengan IHSAN
Jangan merasa setiap kerja itu BOSAN
kerana IHSAN dan dapat menerbitkan KEIKHLASAN
di dalam diri setiap INSAN


0 comments: