IKUTLAH RESMI LALANG

SALAM UKHWAH SALAM DAKWAH DAN SALAM TARBIYAH.... ana tujukan pada semua sahabat-sahabat yang telah terjebak di dalam kancah dakwah yang mulia ini. Alhamdulillah...kita masih lagi bernyawa dan di kurniakan segala kesempatan untuk bernafas di atas bumi Allah untuk menjalankan tanggung jawab yang mulia ini iaitu sebagai khalifah allah dan sebagai I'BADURRAHMAN.

Guru, cikgu, murabbi tidak banyak beza. Cuma perbezaan adalah dari tarbiyah dan peranan yang dijalankan oleh mereka. Namun sebagai seorang manusia yang paling penting kita mesti tahu peranan sebagai seoranga hamba. Cikgu, doktor, engineer, dan sebagainya adalah suatu sampingan di dalam kehidupan. Itu bukanlah kayu ukur yang hakiki. memang tidak dinafikan ini adalah penting juga bagi masyarakat memandang kita. Namun ini adalah hanya telur putih (nak tahu lanjut ikut ISK atau flashback hehehehe). Tetapi telur kuning mestilah diperkuatkan (tarbiyah)

Orang yang menulis nie pun bukanlah seorang yang perfect. Namun begitu, masih lagi terus memperbaiki diri di dalam menjadikan diri ini penting seperti mereka yang telah menemui Penciptanya dengan membawa portfolio yang telah di tetapkan sejak dari azali lagi iaitu da'ie.


Ikut resmi LALANG?. orang tua kata ikut resmi padi makin lama makin berisi dan makin tunduk.LAlang tiada pendirian. Kebetulan ana pergi usaha kan ladang orang tua ana. ana lihat Lalang banyak merimbun di merata tempat dan ada IBRAH (pengajaran) yang ana dapat.


LALANG di tiup angin ke kanan akan ke kanan ditiup ke kiri akan ke kiri. Tetapi lalang ini terdapat kelebihan yang mampu menjentik hati kita sebagai seorang da'ie. Walaupun lalang ini di cantas di potong kerana ia menjadi pesaing namun dia tetap akan tumbuh. Lalang juga tidak kira di mana sahaja dia akan tumbuh. Di atas tanah, di tepi longkang, di sawah (jika adalah) di mana-mana sahaja ia berada. Tak kira tempat. Bukan seperti padi hanya tumbuh di bendang sahaja. Cuba benih padi di tabur atas tanah biasa? tumbuh tak? dengan kuasa allah akan tumbuh tapi benih padi mesti di bendang jua. Lalang? di mana-mana boleh tumbuh di mana ia jatuh benihnya di situ ia akan tumbuh.


Analoginya sebagai seorang da'ie kita hendaklah tumbuh di mana sahaja kita berada atau dicampakkan. Kita tidak seharusnya memilih di mana kawasan yang kita kehendaki atau yang kita senangi. Di mana sahaja kita berada kita harus mempraktikkan tarbiyah yang telah di saduri dalam diri kita. Keluhan dan rintihan yang mengatakan susah atau payah tidak seharusnya berada di bibir kita. Cuba lihat muwasafat yang telah di bentangkan oleh HASAN AL-BANA. iaitu mampu berdikari dan bermanfaat pada orang.


Lalang juga menghasilkan O2 bukan kah memberi manfaat? dan juga berdikari (cari hasil sendiri). Ialah mana tidaknya benih yang berterbangan akan jatuh di mana sahaja di tiupkan dan di atas tanah itu ia akan berusaha mencari sumber rezkinya untuk terus hidup. Jadi sebagai seorang da'ie tidak seharusnya kita merungut apabila telah diletakkan di suatu tempat. Yakinlah ! Allah mengetahui kemampuan kita. Sebab itu allah letakkan kita di tempat berkenaan. CIKGU, adalah suatu pekerjaan yang akan dipostingkan di mana-mana. Guru membawa pelbagai ilmu yang ada. Oleh itu sebagai guru kita hendaklah lengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sempurna dan tarbiyah diri yang mantap. dari mana hendak dapat? tidak lain dan tidak bukan adalah dari USRAH yang di bentuk. Tarbiyah itu akan di gilap dan menjadi perisai diri. USRAH dan TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA tetapi SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN USRAH DAN TARBIYAH.

~SEKADAR RENUNGAN DAN BUAH FIKIRAN~

u/p = artikel bukan hanya untuk guru tapi untuk semua mereka yang bergelar khalifah allah


0 comments: