Jom Servis kereta Anda..tiap-tiap hari ..PERCUMA SAHAJA !

Setiap bulan kereta aku nie mesti kene hantar servis, banyak pula k yang kene tukar tue. Minyak hitam, filter dah pasti wajib tukar dan  bayar. Belum check lagi brek, timing belt, tayar. Aduhhh...duit melayang-layang. Baru guna kereta murah bukan kereta mewah. Kalau pakai lamborghini ker...ferrari ke...bengkok poket...hmmmmm...


saudara ku....


Menerobos diri yang banyak kekhilafan ( ayat sadis huhuhu). Manusia seperti kereta malah lebih hebat dari kereta (memang lah kereta mana ada akal adoi yai ).tapi apa al-Qutb (gelaran baru dalam blog)nak ngoyak kat sini ialah manusia juga perlu di servis. Perlu lihat breknya...minyak hitamnya...timing belt nya.....



Kereta yang luar biasa macam ferrari lagi arr...hari-hari perlu di periksa supaya yang rosak dapat diperbaiki , spare part dahlah payah nak cari..manusia yang hebat yang luar biasa juga perlu di servis tiap-tiap hari. Hati, jiwa, iman bukan ada jual spare part kat kedai 7 eleven.



Jadi jom servis diri kita yang macam kereta nie. Lihat iman, hati, dan jiwa kita. Sucikan hati dengan zikrullah, teruskan bertasbih basahkan lidah, bersolat dengan hati yang rendah mengamalkan Al-Quran dengan mujahadah dan kepada Allah sujud berserah.

BARULAH KERETA KITA PIKAP,
BARU IMAN DALAM MANTAP.
SUPAYA PEMANDU (DIRI SENDIRI) CEKAP..
AGAR MUDAH DIRI DI JALAN YANG TETAP.....

vRooOOOOOOMMMMMmm......vRRRoOOMMM


~aLqUTB~
 

1 comments:

Khairi Fakhri berkata...

haha mintak arip tolong bayarkan servis kereta. haha