Kayu Basah

Assalamualaikum semua...wah lama betol tak mengadap sesawang nie dah naik bersawang dah..inilah pada bila lupa hendak menjalankan kerja-kerja allah. Rasa malas, culas, lazy dan bermacam lagi bersarang dalam hati. Ternyata tugasan di peringkat IPT diri sendiri tak dapat bendung inikan nak rempuh alam realiti ..astaghfirullah..


imbas kembali di IPT...ISK ...SH....hadis ghulam...sayonara jahiliyyah..dan banyak lagi dah di tempuhi tapi terasa diri ini masih belum sempurna.. lebih banyak jahiliyyah dari tarbiyah...


menunggu nak posting sesuatu yang memeritkan ujian silih berganti..kadang-kadang ternganga menunggu tarbiyah hadir, namun sifat daie bukan menunggu namun mengejar itulah hakikatnya. Bila dah lama tak polish maka berkarat lah hati ini. Teringat semasa berkerja di ladang ..aku ingin membakar daun2 dan kayu. Ketika itu baru sahaja hujan, so kayu dan daun dalam keadaan basah..aku paksakan diri untuk membakar jua..Aku mengambil masa selama 10 minit hingga 15 minit untuk membakarnya. Umpan yang digunakan hanya surat khabar lama. Banyak UMPAN yang aku guna kan untuk bakar...Pergh penat letih dan boring tapi usaha tetap dijalankan dan akhirnya api dapat di hidupkan. Bila api dapat dihidupkan , ianya perlu di jaga agar tidak cepat terpadam...penat tak terhingga..dan akhirnya marak jua...




itulah realiti hati ini..ibarat seperti kayu yang basah. Basah dengan pelbagai jahiliyyah..lebih-lebih lagi daie perlbagai ujian dan mehnah. Lagi hebat di medan lagi hebat di uji. Apa bila telah basah maka kita perlukan umpan untuk membakar kayu tadi agar dapat dijadikan bara dan berguna untuk semua dan pelbagai keadaan. Umpan yang banyak seperti tarbiyah dzatiyah , mutabaah amal hendaklah terus terus dan terus dilakukan di mana sahaja berada. Aku juga tidak terkecuali. Kayu basah (hati) yang tidak dapat dinyalakan api (amalan, usaha dakwah) adalah disebabkan umpan (amalan/perkara soleh) yang tidak konsisten.
Nauzubillah...ini adalah permulaan. Hijrah adalah suatu perubahan Ayuhal ikhwah mari kita bakar kembali kayu yang basah dengan UMPAN-UMPAN yang dapat menyemarakkan hati dan amal kita

u/p ; maaf kepada pembaca jika penulisan tiada rohnya..mungkin ia datang dari hati yang kotor juga Astaghfirullah.....doakan kita bersama...

0 comments: