UPDATE = PEMUDA



Jika sebelum ini ana ada berkongsi tentang antivirus. Tidak lengkap sesuatu antivirus itu tidak di UPDATE kan. Tidak berguna ada antivirus yang power tapi tidak di UPDATE kan. Komputer atau laptop tidak akan selamat dek kerana perisai tiada dan ini memudahkan serangan malware yang tidak di ingini atau virus akan mudah infected pada laptop. Kesannya adalah pada pengguna yang tiada kepuasan di dalam menangani masalah.


Pada awal dakwah Rasulullah, Baginda telah berdakwah kepada mereka yang terdekat dengan baginda. Mereka ini di gelar sebagai AL-SABIQUN AL-AWWALUN. Baginda memilih mereka yang muda untuk membantu dakwah ini. Paling muda ialah Saidina Ali (remaja), di ikuti pemuda-pemuda seperti Abu Bakar Assidiq, Uthman Affan, Zubair Al-Awwam dan ramai lagi. ini membuktikan untuk membangkit dan membawa Islam ini adalah mereka berjiwa muda dan bonusnya jika ianya berusia muda.

Saudaraku....

bila ada masalah mesti di tujukan pada PEMUDA.....
jenayah mesti dihalakan pada PEMUDA....

harapan yang besar di galaskan pada PEMUDA...
pencorak masa depan PEMUDA....

mengapa fokus kepada PEMUDA...?
baik buruk semuanya pada PEMUDA....

Sejarah telah membuktikan segalanya. sejak zaman Rasulullah lagi Pemuda lah sebagai benteng utama di dalam membawa panji Islam ini. Dan dari awal pembabitan merekalah pemuda di beri harapan bagi menggerakkan risalah yang mulia ini. Mereka pada zaman itu tiada suatu institusi untuk melatih mereka menjadi seorang pemuda yang berilmu dan jitu di dalam diri.


Jika di bandingkan dengan kita, pendedahan sejak dari zaman persekolah hingga institusi tinggi telah di dedahkan dengan Islam. Namun mengapa kita tiada kekuatan dan semangat di dalam membawa risalah yang mulia ini. 

Unsur pemuda ini juga telah digunakan oleh Marx di dalam menjalankan sistem perubahan atau revolusi bagi menggantikan sistem Kapitalis. Dan beliau berjaya menggerakkan pemikiran ideologi ini serata dunia dan di terima pakai. Jadi di mana sikap kita sebagai pemuda Islam.

Adakah kita telah selalu meng 'UPDATE' diri kita menjadi Pemuda yang kental dengan sungguh membawa risalah ini seperti para sahabat? tidak kah kita malu , kita hanya menggunkan nikmat MUDA yang telah dicurahkan oleh PEMUDA ISLAM yang dulu untuk menikmati Islam kini. Rasulullah juga bersabda di dalam hadisnya 

Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,

masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati,
dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

Jelas di sini Rasulullah menyuruh kita semua mengejar nikmat muda itu untuk membawa panji Islam ini sehingga berjaya. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dan wajib tunaikan. Janganlah kita menggunakan usia muda kita dengan begitu leka dan seronok. Suatu hari kita turut akan mati dan di tanya kemana kita guna umur ini.

Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber

matair kebangkitannya.Sejarah ummat ialah sejarah para
tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat
dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya
diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu
melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat riajl yang
sebenarnya…” (IMAM HASAN AL BANNA)

0 comments: