Lin Dan Vs Chong wei (ada apa pada no 1)

sekian lama tak menulis hampir sudah sebulan lebih, dek kerena kesibukan tahun akhir dan pelbagai bebanan yang terpaksa di tempuhi . Namun Allah masih menyayangi diri ini. Dia mengutus dan memberikan masa kepada kita. Bak kata Akh Faridul pinjam dari kata-katanya dan di ubah sedikit... Cikgu setiap hari, murabbi setiap masa daie hingga akhir ketika. itulah apabila suatu hari akan menempuh ke alam Dakwah yang realiti bukan ideal lagi.


Minggu lepas aksi badminton terbuka malaysia. Melihat Chong Wei gah mengambil hadiah apabila kalahkan Taufiq hidayat. dia berkobar-kobar berhasrat mengalahkan Lin Dan namun Lin Dan telah menarik diri daripada pertandingan tersebut. Atas alasan Kecederaan.


 Hari ini, pertembungan dua jaguh badminton iaitu Chong Wei dan Lin Dan. Sepertidiketahui Chong wei telah lama dinobatkan sebagai Pemain No 1 dunia dan yang kedua adalah Lin Dan. tetapi indah khabar dari rupa , jauh panggang dari api.....ada apa pada no 1 jika Chong wei tidak membuktikan keupayaan. Dan lihat Lindan bukan lah berada pada ranking yang pertama namun di bijak mengatur strategik bahawa setiap 1 bukanlah suatu kecemerlang. Namun setiap kejayaan pasti ia adalah kecemerlang. inilah yang di tunjukkan oleh Lin Dan semangat untuk memBUKTIkan bukan hanya pandai berKATA-KATA.


Saudara ku..

Tarbiyah yang kita pikul tidak lah menjadi hebat sekiranya kita tidak membuktikan dengan kerja kita yang bersungguh-sungguh. Usahlah kita gah dengan hanya melaungkan ungkapan bahawa kita adalah terdiri daripada rumpun yang terbaik, yang mengikut sebuah model yang berpengaruh, namun cara bekerja kita hampeh. Ana bercakap untuk muhasabah diri ana juga. Kadang-kadang diri ini menjadi leka dan cuai dalam bekerja dan menjadi efek kepada cara kerja ikhwah/akhwat kita yang lain. Kita tidak membuktikan dengan bukti yang nyata.



Sesungguhnya Allah amat membenci yang hanya pandai berkata-kata namun tidak tahu bergerak dengan sepatutnya. Seringkali diri ini di ingatkan oleh ikhwah bahawa adalah usaha kita sudah setimpal dengan bebanan yang telah di uji oleh allah?. allah akan uji kita dengan ujian yang pasti kita boleh atasi. Amat zalim allah sekiranya Dia memberi kita ujian yang kita tidak dapat mengatasinya. Sesungguhnya Allah lebih mengerti penciptaanNya.

Nah sekarang hanya terletak pada diri kita sebagai seorang daie. Hendak menerima ujian ini atau hanya seperti tin kosong yang bila di ketuk hanya bunyi sahaja yang kuat tapi dalamnya hanya tinggal habuk sahaja. Janganlah kita tertipu dengan no 1 tetapi kita tidak pernah buat seperti yang sepatutnya. Tulisan ini adalah untuk tempelak diri sendiri agar tersedar dari lamunan.

kadang kala ku rasa diri ini sudah cukup
namun tarbiyah yang ku dapat dan ku amalkan dengan lingkup

ku terfikir dakwah yang ku buat sudah cukup di ukur
namun kerja yang ku lakukan  selalu tersungkur

dek kerana tarbiyah rohani menjadi longlai
merasakan diriku seperti di salai

ku lemah,
ku jatuh,
ku tersungkur,

Ya allah berikan daku kekuatan,
agar ku tsabat dalam jalan ini,
jadikan seperti mereka,
yang terus bergerak dalam medan dakwah ini,

0 comments: