INI kAh Kita?

 Assalamualaikum kpd para pembaca sama ada ikhwah atau bukan dari kalangan ikhwah.
Pernah tak dengar kisah pejuang handalan uhud yang sangat rugi? Kisah ni jarang sekali diceritakan kpd ana. Kisah ni harap dapat dijadikan pengajaran buat semua ikhwah dalam perjuangan dakwah kita ini.
Ya, dialah QUzman.
Betapa handalnya Quzman di medan uhud di mana dia membunuh 7 hingga 8 org tentera musyrik tatkala tentera muslim semuanya sedang membuat pengunduran akibat pembantaian yang parah. Mana taknye, org semua tgh berundur, dia relaks lagi boleh panah musuh. Sampailah dia terluka parah. Dia dibawa ke rumah Bani Zhufr.Lalu salah seorang dpd tentera muslimin berkata "hai Quzman, engkau telah diuji hari ini, berbahagialah engkau"
Lalu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dia pun berkata "'Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang"
Dia pun cabut panah yg ada pada badan die dan bunuh diri.
Apabila sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, maka baginda berkata "Dia adalah penghuni neraka"..Para sahabat terkejut bila dengar berita tu dan Rasulullah pun menceritakan apa yang berlaku.
Sekarang pula, ikhwah sekalian. Nak ke nasib kita jadi macam tu? Lihat betapa pentingnya kita jaga kesucian niat kita sepanjang jalan dakwah ni. Untuk apa kita ikut tarbiyah ni? Unuk apa kita join dakwah ni? Supaya dapat makan free? Dapat kahwin ngan akhawat yang baik2? Nak dapat gelaran Syeikh? Nak Glamour? Atau atas dasar nasionalisme?
Fikir-fikirkan.
Memang niat kita di pertengahan jalan akan menyimpang seketika, tapi jalan ini masih panjang. Masih jauh lagi untuk kita give-up dan bertindak meninggalkan jamaah yg ada. Perbaharuilah niat kita.
Ingatlah, antara sebab-sebab tarbiyah kita "kering" mungkin sekali kerana niat kita dah tak betul. Yang menyebabkan Fikrah kita tak jelas, mungkin disebabkan adanya kepentingan2 peribadi atau peluang2 utk naikkan nama di jalan ini.
Nauzubillahiminzalik..
Ikhlaskan hati..sucikan niat kerana Allah dan RasulNya

*semoga dengan lembaran baru dapat memberi inspirasi dan keazaman pada diri kita*
(creadit pada laman nuqoba')

0 comments: