Ranting kayu vs Kayu besar....mana dulu di bakar?

Saya selalu bercerita tentang khalifah Harun Arrasyid pada murid-murid di sekolah. Tetapi penghayatan untuk diri sendiri tiada. Namun baru-baru ini tersedar dan teringat kembali. Melihat diri yang longlai dengan koyaknya sejadah iman di dalam jiwa dek kerana perkara yang melalaikan.

Ketika Khalifah sedang meronda di pinggir bandar. Beliau telah terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang asyik memerhatikan unggun api di hadapannya.Lalu dengan nada yang pelik, Khalifah bertanya pada budak itu.
        "Mengapa engkau menangis" tanya si khalifah. dalam suasana yang sepi itu, budak kecil itu menjawab dengan nada yang teresak-esak.
        " Aku menangis kerana melihat ranting kayu kecil yang sedang terbakar di dalam unggun api ini" kata budak itu. Khalifah tercengang.
        " mengapa ?" Khalifah bertanya kembali.

        "  Api ini dihidupkan pada mulanya dengan ranting kayu kecil, aku khuatiri di neraka nanti apinya akan dihidupkan dengan aku dulu menjadi bahan bakar pertamanya" terang budak itu dengan keadaan yang menyedihkan.....

Khalifah harun mendengar dengan penuh penghayatan. dan tanpa disedari air matanya jatuh berlinangan. Subhanallah, budak kecil zaman itu telah pandai mengaitkan akhirat dengan kehidupan seharian. cuba di bandingkan dengan kita sekarang ? adik-adik kita dihidangkan dengan cerita-cerita yang melalaikan yang tiada fedah. bukan adik-adik sahaja malah kita sendiri ? program hiburan realiti yang tumbuh dengan lajunya.

Kesannya, pemikiran kita, tingkah laku kita , dan segala pengamalan kita tidak lagi mencerminkan sebagai seorang Islam. Bayangkan jika rumah kita dimasuki oleh harimau ? masing-masing akan bertempiaran lari. Namun jika lalat atau nyamuk seekor ada di dalam rumah ? mungkin kita tidak akan mengedahkannya dan mengambil mudah. Itulah umat islam sekarang

Permasalahan yang besar seperti zina, buang anak banyak terpapar di dada akhbar dan di mana-mana sahaja. Tetapi perkara yang menyumbang ke arah itu tidak ramai yang perasan. Perkara yang menyumbang itulah seperti lalat atau nyamuk. Contohnya seperti sms dengan perempuan yang tiada hubungan yang sah yang tiada urusan sepatutnya, budaya couple, mendedahkan aurat. Ini semua yang menjadi lalat atau nyamuk. Jika direnung kembali adakah besar bilangan  orang yang mati akibat dimakan oleh harimau? ataupun adakah besar bilanagn orang yang mati akibat nyamuk? dengan AEDES nya dengan Dengginya..dengan JEnya...nah benarkan perkara yang kecil inilah yang akan membawa kepada masalah yang besar.

Jom muhasabah kembali, sebagai seorang guru suatu hari nanti adakah kita hendak menghidangakan sesuatu yang akan memusnahkan lagi generasi akan datang?  Tepuk dada tanya iman.


1 comments:

zailamacdonough berkata...

JTM Hospitality Inc. - Kansas City, KS | KTM Hub
JTM Hospitality Inc. 부산광역 출장마사지 Mardi 김해 출장샵 Gras, Kansas City, KS, United States. 서귀포 출장안마 JTM Hospitality Inc. 파주 출장샵 JTM 이천 출장안마 Hospitality Inc.