APA itu BAHAGIA pada aku dia dan kamu? (bhgn 2)

Sifat-sifat mazmumah adalah mengambarkan hati yang sakit. Sombong, hasad dengki, khianat adalah suatu nilai yang dapat memberi kesan buruk pada diri yang tidak bahagia. Tidak kurang juga dengan tamak, gila puji, cinta dunia, ini semua adalah luka yang berdarah di hati. inilah yang diumpamakan dengan tangan yang luka.



Apabila sifat mazmumah telah lama bersarang di hati maka apabila hadirnya ujian hidup hakikatnya hanyalah menambahkan penderitaan yang kian di alami oleh seseorang.

Ujian hidup itulah yang diumpamakan dengan air limau. Maka sekiranya hati kita tidak seperti tangan yang luka, tak mempunyai hasad, kecewa, cemburu, gila puji, sombong, maka ujian hidup bukan memberi kesusahan pada diri kita malah menjadi suatu agen perubahan ke arah kebahagian.

Secara tidak langsung, dapatlah dirungkaikan bahawa kebahagiaan datang dari dalam ke luar. Maka ianya bersoal HATI.

INILAH ERTI BAHAGIA YANG SEBENAR...

Kebahagiaan ialah hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Apabila ujian hadir dalam diri apa yang perlu kita anggap ialah
"Oh....mungkin inilah teguran Allah pada aku" atau "mungkin ujian ini menandakan Allah sayang lagi pada aku"

Rasulullah bersabda yang bermaksud "Bukanlah kekayaan itu dengan banyak harta tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati (Riwayat Bukhari)

Kaya hati ialah hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang ada. Jika kita melihat suatu situasi lihatlah pada kelemahannya dan berkatalah Alhamdulillah aku masih beruntung. Sekiranya kita memandang pada kelebihan sesuatu atau pada individu maka hati kita akan merasakan mahu jadi sepertinya menyebabkan kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Adakah ini suatu kebahagiaan jika semata-mata kita hendak menjadi hebat sehingga melanggar syarak? Bersyukurlah apa yang ada pada kita dan kita di tuntut membaiki kelemahan pada diri kita. Itu lah BAHAGIA........

0 comments: