Cinta (bahagian pertama) - mampukah ayat-ayat cinta di ungkap ketika cinta bertasbih di pinggir bibir cuma....

"Di mana ada cinta, di situlah ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata"
"cinta seperti bunga mawar, harum tetapi di keliling duri"

"Apa itu CINTA?"
"Ada apa dengan CINTA?"
"Adakah aku di atas sajadah CINTA?"
"CINTA?"

Cinta hakikatnya bukan di luaran namun ianya adalah suatu yang unik dilahirkan dari hati. Dalam pada masa yang sama hati pula yang boleh membawa kepada keredhaan Allah atau kemurkaanNya. Inilah yang akan melahirkan Cinta sama ada di berkati atau dilanati....Nauzubillah...

remaja sekarang lena di ulit mimpi. Cinta yang dikendong akhirnya akan berkeciciran di tengah jalan dek kerana tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Tuntasnya Cinta ini untuk mendapat yang bersih adalah dengan meminta pada Si Pemberi Cinta yang paling Agung. Namun, adakah pernah kita mendambakan kasih atau cinta ini?

Cinta kerap kali dikaitkan dengan ikatan perasaan." Apa yang anda, kamu dan aku maksudkan dengan ikatan perasaan? Perasaan macam mana yang dimaksudkan? Ya mungkin ada di antara kita yang akan mengatakan ikatan itu ialah RASA CINTA...

Namun begitu ingin saya bertanya pada diri ini dan anda memang ada perasaan lain selain rasa cinta?" Cinta macam mana yang kita maksudkan. Rata-rata akan menjawab CINTA SEOARANG LELAKI DAN PEREMPUAN.

Di sinilah letaknya kekeliruan. Kalu kita berbicara soal cinta, mengapa harus difokuskan kepada cinta lelaki dan perempuan. Dan yang peliknya bila berkata soal cinta mengapa hanya ditumpukan pada percintaan yang bukan MAHRAM?. Tidakkah kita berfikir?

Allah maha mengetahui akan segala isi hati kita. Allah menciptakan manusia supaya mencintai dan dicintai . Tetapi mengapa kita BODOH menyempitkan maksud Cinta? Cinta yang bagaimana kita utamakan pada saat ini? jika kita ada teman lelaki atau teman wanita berapa kali kita mesej atau telefonnya? berbanding kita bercakap-cakap dengan Allah atau kita menelefon atau mesej mak ayah kita? Hanya kita sahaja yang ada jawapan. Ikut hati nanti mati...ikut nafsu nanti lesu....

BERSAMBUNG.....

0 comments: