B.A.H.A.G.I.A......apa erti dalam hidup Anda, saya dan kamu?

B.A.H.A.G.I.A, satu perkataan atau ejaan yang ringkas tetapi bermakna.B.A.H.A.G.I.A mempunyai 6 huruf tetapi di dalamnya tersirat 1001 makna yang dapat merungkai segala masalah di dalam benak hati.

Itulah Bahagia, pernah atau tidak kita mendengar orang kata. "Alngkah bagusnya kalo aku tak bahagia'. Gila !  itu namanya orang yang kurang siuman. Tuntasnya Bahagia adalah fitrah semulajadi manusia.

Namun Begitu, apa itu bahagia?Datang dari mana? Bagaimana atau formula untuk mendapatkannya? Inilah yang menyebabkan keinginan manusia sering tidak sempurna dek kerana saya mungkin saudara-saudari tidak tahu makna atau erti sebenar bahagia.


Bahagia Boleh berubah-ubah?
Usaha mencari kebahagiaan mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan ieu terlebih dahulu. Ya, maksud itu penting.Orang kata tak kenal maka tak cinta. Oleh itu jika kita sudah kenal apa itu bahagia secara tidak langsung kita akan cintakan bahagia itu dan menjaganya dengan rapi. Ini sama seperti jika kita sayangkan seseorang seperti si suami cintakan isteri, si abang cintakan si adik.

Setiap insan mempunyai erti bahagia yang berbeza-beza. Orang sakit akan merasakan sihat sesuatu yang bahagia. Tetapi bilasudah sihat, elemen sihat bukan lagi bahagia untuknya. Mungkin selepas sihat dia hendakkan harta atau sesuatu yang dapat memberikan kebahagiaan padanya ketika itu. seperti juga seorang guru yang boleh mengajar akan rasa bahagia sekiranya murid-murid mereka memahami apa yang di ajar. namun setelah semua muridnya memahami pelajaran ituu dengan baik maka guru itu mesti hendakkan murid-muridnya cemerlang di dalam peperiksaan.. Faham bukan lagi faktor pemberi kebahgiaan yang mutlak. Pendek kata bahagia itu bersifat relatif.

Asal-usul Bahagia.
Sebelum mendapat awapan erti kebahagiaan yang sebenar, mesti pastikan sumbernya. Sama ada datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dalam ke luar (in-Outside). sebagai seorang pelatih contohnya mendapat markah praktikum yang cemerlang. Ini sudah membuatkannya dia tersenyum dan rasa senang hati, kerja khusus yang tepat pada objektif dan dapat markah yang baik tentu sahaja dapat meyenangkan hati dn lega. ini semua faktor luaran. Tetapi cuba fikirkan jika sekali dia gagal peroleh seperti itu maka dia akan rasa terteka. Jadi mana hilang bahagia?Nampakkan ini namanya bahagia datang dari luar. Kadang-kadang untuk mendapat sesuatu yang baik kita terpaksa melanggar syariat Allah yang telah ditetapkan. Adakah ini akan mendapat bahagia yang kekal?


Ujian hidup, menghilangkan Bahaga?
Saya ingin mengajak pmbaca melihat persoalan bahagia dengan lebih dekat. adakah uian menyebabkan anda hilang bahagia atau saya sendiri hilang bahagia apabila di uji dengan cabaran dan ujian.?Cercaa, makian umpatan dari orang ramai kadang membuatkan kita sakit hati. Tetapi pernah tak kita positifkannya dan mungkin akan memperoleh bahagia daripada faktor itu?. Cuba fikirkan cercaan, umpatan dan makian itu adalah tarbiyah Allah secara 'live' kepada kita. Allah menegur kesalahan kita melalui itu. Mungkin cara yang berbeza. Allah memberi ilham kepada si pencerca, si pengumpat atau si pemarah yang marah pada kita untuk menegur kekhilafan kita. Ini menunjukkan Allah masih sayangkan kita. Alangkah bahagia jika Allah masih ingat dan sayangkan kita. Dan kasihanilah mereka yang tidak pernah mendapat teguran dan ujian seperti ini. mereka akan hidup seperti manusia yang tiada panduan.

Hidup memang untuk di uji seperti kita kesekolah. Untuk apa kita belajar jika tidak ada peningktan kelas?Sebelum kita di nak kan kelas kita akan tempuh dengan peperiksaan. tiada makna dan kemanisan jika kita naik kelas sekiranya tdak ada peperiksaan. seperti belajar itu sia-sia. Begitu juga kita Allah hendak menaikkan darjat kita dengan ujian-ujian. Dan ujian-ujian ini membuatkan kita akan bahagia sekiranya ditempuh dengan sabar dan penuh keimanan.

Atas sebab itu ujian bukanlah suatu penghalang tetapi suatu batu loncatan untuk kita bahagia. Saya hendak membuat perumpamaa jika air limau dititskan diatas tangan yang sihat, kita tidak akan merasakan sakit. tetapi sekiranya air limau itu dititskan diatas tangan yang luka?Aduh sakitnya rasa.

Jadi apa yang membuatkan sakit? titisan air limau atau tangan yang luka? dan apa kaitannya dengan bahagia?

Bersambung.........

3 comments:

IMANNURBALQIS berkata...

bahagian adalah subjektif maksudnya bagi setiap insan...saat bahagian paling indah apabila kita mampu membahagiakan orang lain...untuk merasai nikmat BAHAGIA...laluilah jalan pengorbanan...

FiKRi91 berkata...

perkara yg tidak boleh dikongsi atu dirasai oleh orang lain adalh kebahagiaan..memang sukar untuk mencapainya tetapi percayalah kebahagiaan di akhirat adalah kekal selama-lamanya..
teruskan perjuangan kamu

maisarah berkata...

bahagia itu datang dari Allah..syukran
minta izin share ya