TIPS-TIPS UNTUK MEMBENCI KAWAN ATAU SESIAPA SAHAJA

Bismillah dan Alhamdulillah, kerana diri ku dapat lagi menulis nukilan untuk muhasabah diriku sendiri dalam masa yang sama sebagai perkongsian bersama pembaca setia blog ku ini. Diriku bukan lah yang terbaik, itulah muhasabah diri ku yang lepas bagi menggambarkan siapa diri ku ini dan mungkin diri kita sendiri di atas muka bumi allah sebagai pengganti Rasulullah.

Nukilan kali ini pula adalah nukilan yang jarang ditulis bagi sesetengah orang, tetapi ianya penting bagi diri kita yang bergelar manusia / hamba/khadam di atas muka bumi ini. Insya allah pada kali ini diri ku akan mengajar pembaca TIPs UNTUK MEMBENCI ORANG.


Sebelum itu hayati dulu ayat ini daripada surah al-Hujurat surah ke 49

 
11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.


12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Untuk membenci seorang kawan / rakan atau sesiapa sahaja amat mudah. Sebelum mempraktikkannya kita hendaklah mengambil langkah-langkah ini bagi menambahkan lagi benci kita pada insan itu. Langkah pertama, muhasabah diri kita dahulu sebelum membenci orang yang hendak di benci. Muhasabah ini adalah untuk melihat sama ada melihat kembali perlakuan kita. Mungkin perlakuan seseorang yang kita benci itu, perlakuan itu ada dalam diri kita. Oleh itu kita tidak layak membenci dia kerana perangai dia dengan kita sama. Seelok-eloknya kita membenci diri kita dahulu sebelum membenci si dia. Itu tip pertama.
Tips yang kedua, sebelum kita hendak menyampah atau membenci atau mengumpat atau mengata pada seseorang kita hendaklah melihat sama ada si dia pernah atau tidak membuat amal kebaikan pada diri kita. Jika ada kita tidak layak untuk membencinya. Menurut kata-kata Imam Syafie, jika kita hendak membenci pada seseorang lihatlah apa kebaikannya , nescaya kamu tidak akan membencinya.
Subhanallah, sungguh indahnya bait-bait kata yang di tuturkan oleh Imam Syafie ini. Oleh itu sebelum kita hendak mengata, membenci, mengumpat seseorang kita hendaklah melihat apa kebaikan yang pernah dia buat pada kita. Hatta sekali dia memberi salam pada diri kita itu pun dikira kebaikan kerana dia telah mendoakan kita.Jadi layak kah kita membencikan orang yang mendoakan kita?AdilKah kita?
Berdasarkan ayat-ayat dari surah Al-Hujurat tadi dapatlah pengajaran yang dapat kita ambil, ialah Allah melarang kita memperolok-olokkan segolongan yang lain, jangan mencela, JANGAN MEMANGGIL DENGAN NAMA YANG BURUK. Jangan berprasangka, jangan mencari kesalahan orang lain dan jangan menganjing orang lain.ini semua adalah larangan yang terdapat di dalam Quran. Jika kita menyatakan keimanan pada Al-Quran di dalam rukun iman kita pasti kita tidak akan melakukan.
Nukilan ini ditujukan untuk diriku, diri ini telah banyak melakukan kesilapan dan kesalahan di dalam communication skill. Ya allah bimbinglah aku di jalan tarbiyah mu ini. Semoga pembaca mendapat manfaat dari apa yang diri ku kongsikan ini.
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA AKU

3 comments:

rosamajid berkata...

salam akhi

Ermmm..ingat ke apa la tips membenci orang ni. Rupa-rupanya sebelum nak benci orang kena berbalik pada diri sendiri dulu. Muhasabah diri. AlhamduliLLAH, setakat ni tak benci orang lagi. Mane la tahu lepas ni terdetik nak membenci orang. jadi kna la muhasabah diri dulu. Apa pun thanks akhi atas perkongsian ni. [Melakar Perkongsian, Memberi Erti pada Menerima]. Wallahua'lam.:)

ismi afifah berkata...

salam...
nta sape ye?asif..ana krang pasti

Putraz April berkata...

benci pada org zalim tak pe kan???tapi yg malangnya skrg ni sesama Islam berperang dan bertikam lidah...kenapa tak kata pada yahudi laknat ka pemimpin yg zalim ka...ni nak kata kat org yg baik2...sama Islam plak tu...Dunia akhir zaman..
Teruskan perjuangan...
Allahu Akbar!!!
http://ashsyumul.blogspot.com/