AKU BUKAN YANG TERBAIK

Allah berfirman di dalam surah Al-A’raf ayat 164 pada muka surat 172 maksudnya
dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alas an (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmn, dan agar mereka bertaqwa.
Di dalam Tafsir Zilalil Quran karangan Syed Qutb, nasihat itu merupakan suatu kewajipan manusia kepada Allah, iaitu kewajipan menyeru manusia kepada kerja-kerja yang baik dan melarang mereka dari kerja-kerja yang mungkar, juga kerja memperingatkan manusia dari melanggar perintah-perintah Allah dengan tujuan menyampaikan tanggungjawab kepada Allah agar Dia mengetahui bahawa kita telah menunauikan tanggungjawab kita, juga dengan tujuan agar nasihat itu dapat mempengaruhi hati-hati yang degil dan dapat meransangkan perasaan taqwa.


Namun begitu, sedar atau tidak perkara seperti ini amat susah hendak dilakukan. Banyak ujian yang akan melanda individu masyarakat atau Negara sekiranya saranan ayat ini dilaksanakan. Ini kerana masyarakat kita sekarang telah selesa dengan adat yang dilakukan sejak zaman berzaman. Apabila sampai suatu seru yang membawa kebaikan atau yang bercanggah dengan adat mereka, mereka akan melenting kerana mereka tidak dapat lagi manfaat yang hanya memberi keindahan di atas dunia sahaja
Ayat daripada surah Al’A’raf sangat jelas menunjukkan bahawa walaupun suatu masyarakat itu sikapnya tidak berlandas kepada syara’ dan menyalahi dengan ajaran Islam tetapi Allah menyuruh kita membanterasnya dengan nasihat yang berguna. Tidak terlepas tanggungjawab kita sebagai pengganti Rasulullah untuk mengambil sikap lepas tangan apabila kita mengetahui bahawa sekelompok manusia ini memang di janjikan azab daripada Allah. Ini juga menunjukkan agar kita sebagai manusia tidak terlepas tanggungjawab sebagai pengganti Rasulullah


Akan tetapi , masyarakat hanya sudah merasa cukup dengan Islam diri mereka. Cukup lah solat, puasa, zakat dan buat benda baik, tetapi dalam sudut yang lain mereka ingkar perintah Allah. Dan apabila diberi nasihat mereka akan mengatakan cukuplah dengan hidup nya tidak perlu sibuk-sibuk nasihatkan orang kerana diri pun belum cukup baik. Ini bermakna mereka tidak faham tanggungjawab mereka diciptakan di atas bumi Allah ini.


Bercakap mengenai nasihat, banyak kaedah yang dapat dilaksanakan di dalam menyampaikan nasihat. Kaedah berhikmah adalah kaedah Rasulullah di dalam menyampaikan dakwah. Oleh itu sebagai muhasabah diri sendiri, kita hendaklah mempelajari kaedah yang telah diajarkan oleh Rasulullah, kerana inilah yang menyebabkan masyarakat menerima islam itu sendiri.


Bukan setakat mempelajari, tetapi kita harus berlapang dada di dalam menerima masyarakat luar di atas kekurangan diri kita. Jangan melenting jika teguran itu diberikan kepada kita. Ini semua adalah untuk memperbaiki diri kita agar menjadi pengganti Rasulullah yang baik.


Daripada itu diri ku bukanlah yang terbaik, syukran jazilan, terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang melayari blog ku ini dan menegur segala kesalahan aku. Teguran-teguran yang kalian tulis di shout mix itu kan ku jadikan sebagai panduan diri ku supaya menjadi yang terbaik. Dan apa yang ku harap teguran yang membina ini dapat menjadi alasan di akhirat pada Allah bahawa sahabat-sahabat telah melakukan nasihat menasihati. Semoga allah memberkati sahabat-sahabat

0 comments: