Malu si pohon SEMALU


Pohon semalu, pantang disentuh pasti menunduk. Namun durinya tetap tajam berceracakan. Indah kiasan buat peribadi remaja yang berhias malu dilandasan iman. Ayuh kita sama-sama melihat disebalik pohon semalu.
Malu bukan hanya untuk wanita malah untuk lelaki juga. Rasulullah pernah bersabda, daripada Said Al-Khudri katanya “ Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang anak dara pingitan dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai oleh Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.”(Riwayat Muslim, no 61 76)
Daripada hadis itu dapatlah kita simpulkan bahawa yang pertama adalah mengenai model yang disebut di dalam hadis tersebut. iaitu Rasullulah. Dari sini dapatlah kita mesej yang pertama bahawa pemalu adalah sifat untuk kaum lelaki. Ini kerana Rasulullah memiliki sifat pemalu di mana sifatnya mengalahkan wanita. Oleh itu sebagai lelaki kita haruslah berasa bangga kerana mahkota malu itu ada pada diri kita. Tetapi mahkota itu telah hilnag pada masa kini. Persoalannya, kemanakah menghilang mahkota yang berharga ini?
Hilangnya sifat malu akan melahirkan jiwa-jiwa remaja yang tidak malu melakukan maksiat. Ini dapat dilihat bagaiman remaja-remaja sudah berani melanggar perintah Allah, berpegang tangan di antara bukan muhrim, melakukan perlakuan tidak sopan dan banyak lagi yang mana telah meruntuhkan martabat malu sehinggakan jatuhnya nilai islam di dalam diri remaja. Malah, malu yang dianugerahkan Allah secara fitrah itu disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya seperti malu bertanya di dalam kelas, malu berbuat baik, malu belajar, malu berpakaian sopan dan banyak lagi. Tidakkah kita malu Pada Allah dan Rasul?
APA KAITAN SEMALU NGAN MALU?
Marilah renungilah keajaiban alam yang telah diciptakan oleh Allah, bersama sifat malunya, ada duri yang tajam dan berceracakan simboliknya sebagai ketegasan sebuah prinsip yang tumbuh kerana baja iman. Duri di ibarat senjata yang mampu melindungi diri dan mempertahankan ketika mempertahankan diri dari godaan.
Bunga pohon semalu, berwarna ungu cantik. Begitulah sepatutnya wawasan seorang remaja beriman. Berazamlah untuk menghiasi alam ini dengan haruman bunga-bunga akhlak yang cantik menawan.

Dedaunnya pula yang menghijau pada pohon semalu amat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai disentuh daun-daun sekitarnya akan menguncup malu. Tindak balas inilah lambang persaudaraan kasih sayang.
Kesimpulannya…wahai remaja marilah sama-sama kita memartabatkan kembali mahkota yang telah diwariskan oleh Rasulullah kita kepada kita. Hanya dengan senjata inilah dapat kita menjaga diri kita dari segala godaan syaitan yang tidak Nampak atau syaitan yang Nampak. 


0 comments: