SIMPATIKAN INSAN YANG TELAH DI SEKSA OLEH DIRI KITA SENDIRI.....LOGIK KE?

Pernahkah kita mencermin diri kita? Adakah kita sering berada pada jalan yang benar? Persoalan ini kita kurang memikirkan kerana kita telah selesa di zon kita bertapak. Seolah-olah kita sahaja yang benar.

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sepertimana yang diperkatakan, kita perlu sentiasa muhasabah apa yang telah kita lakukan selama ini. Kesalahan kita memang susah kita hendak perhati. Namun begitu kesalahan diri sendiri hanya dapat diperhatikan oleh orang yang hampir dengan kita atau orang sekeliling kita. Oleh itu orang yang hanya benar-benar sayang pada kita sahajalah yang akan meneguru diri kita ini. Ini kerana mereka tidak mahu melihat kita berada di tapak yang salah yang dapat menyusahkan diri kita kelak.

Begitu juga jika ada kawan-kawan kita merajuk dengan kita, ibu yang merajuk dengan diri kita atau guru yang mmberi ilmu pada kita yang terguris hati dengan kita. Kawan-kawan, ibu bapa atau guru-guru adalah di antara insan yang banyak berjasa di dalam membentuk keperibadian ita. Mereka tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak melakukan kesalahan. Sebagai seorang bakal UZTAZ USTAZAH ataupun guru kita sering tersilap langkah di dalam meniti hari untuk menuju menjadi seorang guru yang berkualiti dan berkaliber. Guru berkualiti dan berkaliber idaman setiap pendidik. Jadi teguran menjadi kunci untuk mencapai kejayaan.

Muhasabah adalah bersimpati dengan diri sendiri. Tetapi kita tidak dapat memuhasabah diri orang lain. Tetapi simpati itu kita tidak dapat berikan pada orang yang telah kita seksanya. Logik kah akal kita bersimpati pada orang yang telah seksa? Ataupun kita menambahkan seksaan pada hatinya? Eh apa kaitan muhasabah dan simpati ini?

Di sini suka hendak menyatakan apabila kita telah bermuhasabah diri kita maka secara automatiknya kita telah bersimpati dengan orang lain. Oleh itu apabila kita menilai perangai kita adakah kita pernah melanggar peraturan? Adakah kita pernah ponteng perhimpunan? Adakah kita pernah tidak menghadiri program-program rasmi? Ini semua adalah tingkah laku yang salah yang akan kita peroleh teguran dari seseorang yang bergelar guru.

Kita suatu hari nanti akan menjadi USTAZ atau USTAZAH atau seorang guru. Adakah kita boleh sabar dengan anak murid kita yang sering melakukan kesalahan? Di sinilah murid-murid kita akan bersimpati dengan kita dengan cara menyeksa hati kita. Itulah yang dinamakan BERSIMPATI sambil MENYEKSA. Padahal seksaan itu kita yang lakukan. Mungkin sekarang kita tidak rasainya, namun begitu tunggulah kita di tempatkan di sekolah nanti.

Hubungan rohani dapat di pupuk melalui perasaan. Perasaan marah atau pun geram seorang guru dek kerana sikap kita yang degil akan menyebabkan hubungan rohani kita dan guru kita akan terjejas. Apabila hubungan rohani kita terjejas maka segala ilmu akan menjadi hijab yang menyebabkan kita tidak dapat keberkatan ilmu daripada Allah.

Oleh itu muhasabah itu penting. Jangan di lihat pada apa yang orang telah buat pada kita seperti cuba menjauhkan diri daripada kita tetapi cuba muhasabah apa yang telah kita buat pada dia? Apa perilaku yang telah kita persembah padanya? Apa perangai kita yang mengundang perasaan marah dan benci dia kepada kita?

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelemahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

0 comments: