Siapa kita?hebatkah kita ?siapa lagi hebat?penuntut atau guru?

“saya tidak maha tahu tentang apa-apa lagi tentang mereka”kata-kata ini telah terkeluar dari mulut seorang pendidik.

Mungkin jika orang biasa atau kita bukan anak murid kepada guru tersebut, kita akan mengganggap kata-kata ini adalah biasa. Namun disebalik kata-kata ini tersirat seribu satu makna yang menunjukkan kemarahan dan tergurisnya hati seprang guru atau pendidik.

Guru/pensyarah/pendidik adalah satu kelompok yang tiada bezanya. Mereka telah memberi ilmu dan tujnjuk ajar di dalam sesuatu subjek . Bukan sahaja memberi ilmu tentang pendidikan tetapi mereka memberi tunjuk ajar pedoman di dalam menjalani kehidupan agar lebih terurus dan berdisiplin. Itulah tugas kita sebagai seorang guru kelak pa lagi di gelar USTAZ atau USTAZAH.

Walaubagaimanapun adakah layak bagi kita membenci guru yang sering tegas dalam disiplin untuk memjadikan kita insan yang berguna apatah lagi seorang guru atau USTAZ USTAZAH yang berkaliber? ketegasan mereka dek kerana menegur akan kesalahan kita lakukan? Kita beruntung ada seseorang seperti guru yang mengambil berat tentang kita. Ambil berat ini dalam konteks mengenai perlakuan kita seharian sebagai contoh kehadiran ke PERHIMPUNAN PAGI, BUDAYA QURAN dan banyak lagi. Sikap ambil berat guru ini secara tidak langsung hanyalah ingin mencorak kan kita menjadi guru atau USTAZ USTAZAH yang dapat menjaga peraturan diri seterusnya menjaga disiplin.

Namun begitu adakah kerana guru atau pensyarah ini skema atau menjaga disiplin, kita sebagai penuntut sanggup membencinya sehingakan tergamak untuk melakukan cadangan pertukaran guru itu supaya tidak lagi bersama dengan kita. Sebagai pelajar sekiranya kita ini tidak pandai menjaga disiplin diri tukarlah berapa banyak tenaga pengajar nescaya ianya tidak memberi kesan apa-apa.

Iman Al-Ghazali prnah berkata di dalam kitab Ihya ulumuddinnyaapa pun yang diterangkan oleh guru semasa pengajiannya maka hendaklah penuntut mengikutinya dan meningalkan pandangan peribadinya kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benar datangnya dari penuntutnya.

Oleh itu cuba kita renung, kita telah membuat kesalahan yang rutin,tetapi guru telah menegur kesalahan kita dan kita marah kembali pada guru tersebut kerana terlampau ambil berat tentang kita. Bukan setakat marah malah kadang kala kita ketawa , mempersendakan dan mengumpat terhadap tindakan yang telah di amnil oleh guru tersebut.

Inikah yang dinamakan pelajar?inikah cirri-ciri pelajar Islam? Cerminlah diri kita, orang tidak akan menegur atau memarahi kita sekiranya kita tidak melakukan kesalahan. Kelak nanti kita akan menjadi seorang guru tetapi adakah kita boleh sabar sekiranya anak murid kita melakukan sesuatu yang melanggar peraturan? Tentunya kita akan denda dan mengambil berat tentang pelajar itu. Iniadalah psikologi. Mungkin sekarang kita tidak merasakan bebanan it. Tetapi setelah kita bergelar guru, USTAZ atau USTAZAH barulah kita tahu pengorbanan dan tanggungjawab yang perlu kita pikul. Ketika itu barulah kita sedara akan perilaku pada guru kita sebelum ini..

Ingatlah kawan-kawan keberkatan ilmu terletak pada keredhaan seorang guru terhadap kita. Guru mempunyai tingkatan yang tinggi seperti mana yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam firmannya pada sura Alimran ayat 18. Jika kita dah guriskan hati guru kita. Maka ilmu yang diberi itu akan susah mendapat keberkatan

Tuntasnya, kita hendaklah melakukan anjakan paradigm pada diri kita bukannya pada sisitem yang telah banyak beri kebaikan pada diri kita kelak nanti. Sekali lagi, sekiranya kita tidak ubah diri kita tukarlah dan cadang berapa banyak nama guru atau TUTOR pun untuk kita gantikan, maka perubahan tetap tidak akan berlaku. TEPUK DADA TANYA IMAN

0 comments: