Ikhlas kah kita?Ikhlas itu di mana?

Alhamdulillah ana masih berdaya untuk berkongsi maklumat dan pandangan tentang islam. Namun begitu ana faham blog ini tidak popular seperti blog-blog yang lain tetapi ana harap antum yang membaca dapat menyebarkannya.

Pada tarikh di atas, ana baru tiba di Maktab setelah pulang ke Melaka pada hari Khamis yang lalu. Namun begitu ketika baru sahaja tiba di Melaka Sentral ana dapat satu mesej

"salam akhi...usrah malam nie di rumah ana pas maghrib"

dalam hati ana pada mulanya mengeluh tapi itulah syaitan yang sering menghasut manusia agar menghalangi diri kita mendidik nafsu agar seiring menjalankan aktiviti yang dapat mardhotillah.

Oleh itu ana nak kongsikan apa yang ana dapat pada usrah kali ini. semoga antum dapat memberi komen dan pandangan.

**Semalam ana tersentak apabila surak al-ikhlas dibentangkan. selama ini ana rasakan sudah cukup dengan sekadar ikhlas dalam beribadat. Tetapi ana tidak tahu terdapat elemen lain untuk lengkapkan ikhlas itu. Analoginya, sekiranya kita bina jambatan tetapi tidak ada sedikit pun paku lambat laun akan runtuh , begitulah ikhlas.

Dalam surah ini tiada satu pun perkataan Al-ikhlas. Namun dari ayat pertama sahaja sudah cukup kita ketahui قل هوالله احد . Perkataan احد telah banyak pengertian dan sudah cukup lengkap menceritakan tentang surah ini.

Perkataan احد itu adalah perkataan tauhid yang mana terbahagi kepada 3 aspek

1. تفسير الوجود

2. عقيدة الضمير

3. منهج الحياة

Untuk membahaskan surah ini memang panjanglebar tetapi apa yang ana dapat ialah setiap pekerjaan atau aktiviti yang kita hendak buat, kita hendaklah membuat sedikit persoalan..

1. Perlukah aku membuat perkara ini?

2. Untuk siapa aku lakukan perkara ini?

3. Adakah aku buat ini boleh menggerakkan dan melakukan bersama Allah?

4. Adakah perbuatan aku ini dapat dekatkan perasaan aku pada Allah?

5. Adakah perkara yang aku buat ini akan mengikatkan hati manusia dengan manusia atau manusia dan kehidupan lain?

Persoalan-persoalan inilah yang mendorong kepada ikhlas dan 5 elemen inilah yang dinamakan ikhlas.. oleh itu terfikirkah kita bahawa study itu penting?Asgnt itu penting?TEPUK DADA TANYA IMAN….

Justeru itu,sekiranya kita buat sesuatu perkara yang tidak penting namun buat kerana Allah, ia tetp tidak ikhlas. Sekiranya kita buat sesuatu perkara yang penting dalam hidup tetapi tidak ada sumbangan atau hasil dalam pembangunan islam maka perbuatan itu tetap tiada ikhlasnya. Dan sekiranya perkara itu sesuatu yang penting dalam kehidupan, kita buat kerana Allah, namun perasaan atau pengaduan itu tidak disalurkan pada Allah tetap tidak mendapat keikhlasan.

Oleh itu, apa pandangan antum tentang ikhlas?Ikhlas itu apa?beri pendapat antum mengenai ikhlas ini dan mungkin ada yang tidak setuju dengan ana.

Kesimpulannya, ikhlas itu sesuatu yang abstrak, namun kita boleh mengukirnya agar selaras dengan dan seiring dengan surah ikhlas.


0 comments: