Inikah dakwah?...ku harus muhasabah..

26.10.2009.......Di Pondok Pengawal Keselamatan

Hamba Allah (lelaki) : Amboi...mak aii ketatnya x da lagi ketat ker?

Seorang hamba Allah telah menegur sekelompok guru pelatih perempuan yang memakai seluar yang teramat ketat, padat dan mantap sehingga menampakkan kesan bekas pada punggungnya. Iman pasti tergugat melihatnya.

Guru Pelatih (perempuan) : oh ye ker terima kasih..!

Cara berterima kasih yang dilemparkan agak kasar, mungkin mereka tidak suka cara teguran dan terus memberontak.

28.10.2009...9.45 pagi

Ketika hamba Allah ini berjalan di Pusat Sumber sekumpulan guru pelatih yang ditegur tempoh hari sedang berkumpul. mereka mencemuh hamba allah itu dengan cara memerli dan mem'boo'kannya membuatkan orang ramai memandang sinis pada hamba Allah
Agaknya itulah ujian dalam dakwah. Peristiwa ini tidak sama seperti Rasulullah menghadapinya. Ini kerana cemuhan yang di terima oleh Baginda lebih hebat berbanding apa yang di hadapi oleh hamba Allah itu.

Namun begitu di hatu hamba Allah itu hanya kemarahan dan hasutan syaitan agar melenting di tengah orang ramai apabila di herdik begitu. Tetapi dengan didikan @ tarbiyah yang diterima kesabaran dapat dijadikan benteng agar dirinya tidak mudah marah.

Dalam aspek yang lain mungkin kelemahan si hamba Allah itu di dalam menyebarkan dakwah. Mungkin cara teguran itu tidak diterima oleh sesetengah orang. oleh itu kita sebagai da'ie haruslah mmepelajari cara betl di dalam menyampaikan dakwah..itulah USLUB DAKWAH. Selain itu kita mestilah juga check list mutabaah amal kita dakah cukup dan sempurna?

Cuba kita fikirkan sejenak bagaimana cara Rasulullah berdakwah. apa method yang diguna?apa pedagogi yang di aplikasikan? Semua ini telah di terapkan di dalam diri para sahabat Baginda. Kesabaran yang diberi dan ketabahan yang dibina amatlah luar biasa.

Bilal, Amar adalah di antara sahabat yang mempunyai nilai kesabaran yang tinggi. Malah Rasulullah sendiri menjadi ikon kesabaran di kalangan sahabat Baginda. Itulah Da'ie.


DAKWAH...memang tidak terlepas daripada segala mehnah. Mehnah sangatlah terbentang luas. Tanpa mehnah kemanisan dalam dakwah tidak dapat dirasai. Jalan ini memang tidak di sukai oleh masyarakat hatta sekali keluarga. ini kerana masyarakat yang jahil telah selesa dengan kejahilannya.

Oleh itu sebagai KHALIFAH, DA'IE, inilah tugas kita di samping memuhsabah diri kita. Ayuh wahai uslimin kita bangkit menentang kebatilan percayalah kita antara hamba yang terbaik....


0 comments: