MUHASABAH DIRI


anak usrah : abang saya tak dapat pergi usrah (i'm trying to be honest)
naqib : kenapa tak nak pg usrah lagi?
anak usrah : saya nak bersendiri now and ever saya tak nak di ganggu....
naqib : maksud awak? anak usrah : saya nak bersendirian dan melakukan aktiviti yang saya suka..
naqib : maksud awak ...awak tak nak join majlis ilmu islam lagi?tak nak mengetahui mengenai Allah lagi?
anak usrah : saya nak tahu tapi belum sampai masa lagi...
naqib : oh maksud nya awak tak nak cuba belajar dan usaha mengetahui tentang islam? awak tahu ke awak mati bila? hidup ini umpama mimpi...bila di matikan itulah permulaan hidup realiti..adakah awak nak sia-siakan hidup awak dengan perkara yang tidak dapat bantu awak di SANA?...fikirkanlah...abang sentiasa tunggu dan pintu halaqah masih terbuka...

mesej terberhenti di situ...

itulah ujian yang terpaksa ditempuhi diri ini. Di dalam membawa mesej islam ada sahaja rintangan yang terpaksa di tempuhi. bagi saya mungkin Allah menyuruh saya muhasabah diri di dalam teruskan perjuangan menyampaikan ajaran Allah iaitu islam.

mungkin sesetengah orang akan mudak putus asa apabila mendapat ujian sebegini. Namun cerita ini adalah memotivasikan diri ini agar menjaga adab-adab dalam kehidupan di samping menjaga amalan-amalan harian. saya teringat firman allah dalam surah ANNISA' ayat 133

"KALAULAH ALLAH MENGHENDAKI NESCAYA DIMUSNAHKAN NYA KAMU SEMUA WAHAI MANUSIA! KEMUDIAN DIA DATANGKAN (UMAT)YANG LAIN SEBAGAI PENGGANTIMU DAN ALLAH MAHA KUASA BERBUAT DEMIKIAN"

Firman Allah ini menggerunkan diri saya dan mungkin diri pembaca blog ini.Kita diciptakan untuk menjadi khalifah. Untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang Batil.Allah tidak sewenang-wenangnya menciptakan kita untuk sia-sia, untuk couple-couple, untuk foya-foya dan lain-lain lagi.

Allah ciptakan kita ada sebab. Ada tujuan. percayalah kita adalah yang terbaik yang diciptakan oleh PENCIPTA. hanya kereta yang mempunyai piawaian yang sempurna atau hebat sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat kereta. begitu juga Allah, Allah telah melihat dan menciptakan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri kita.

Kesimpulannya, kembalilah pada fitrah pada Ad din Islam yang sebenar.

0 comments: