Pengalaman Ku



Sepanjang perkhemahan Kadet Remaja sekolah (KRS) pada 20-23 hb oktober 2009 apa yang dapati disiplin hidup. Banyak pengajaran yang telah aku dapat. Pembelajaran seperti ketepatan masa dan disiplin amat di titik berat. namun begitu apa yang hendak dikongsikan disini bukanlah pengalaman ketika aku di sana. tetapi ingin aku kongsi dari aspek yang lain.

jika dilihat dari aspek masa, Ketua Kem Komandan selalu menegaskan kepada kami agar tepat pada masa. jika di lihat pada masa sekarang semuanya mahu cepat. smasa di Perkhemahan ini semuanya hendaklah tepat atau on time seperti kawad kaki, makan dan lain-lain. Namun begitu pernah tak ita terfikir mengapa suruhan Allah kita tidak pernah tepati? lebih-lebih lagi dari sudut panggilan solat. Jika di tempat perkhemahan Ketua Komandan suruh berkumpul pada pukul 830 pagi, semua siap terpacak di tempat perbarisan malah awal 15 minit. Namun jika dilihat dengan Allah kadang-kadang kita terlewat 15 minit atau ada tu sampai 1 jam....inikah yang dinamakan hamba Allah dan di mana keadilan kita pada pencipta....nauzubillah...

Selain itu juga aspek seperti disiplin pakaian juga banyak menginsafkan kita. Jika semasa kawad kaki kita boleh memakai pakaian yang telah di tetapkan tapi mengapa bila menghadap Yang Maha Esa, pakaian kita asalkan ada sahaja? mengapa kita tak sungguh-sungguh? siapa kita dihadapan Allah?dan siapa kita di hadapan seorang manusia yang hanya berpangkat Mejar atau kapten? inikah perangai seorang hamba?

kesimpulannya, kita hendaklah menghayati segala perlakuan kita dan samakah perlakuan kita di hadapan Allah dan manusia?sedarkah kita siapa yang telah kita mulia kan?

ini lah pengalaman ku di sana.....

0 comments: