jatidiri Du'at

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog ana walaupun ana tahu blog ini tak sepopular blog lain. Namun terima kasih di atas kritikan komen dan dan pendapat yang membina. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat allah kerana memberi izin pada ana untuk terus berkongsi idea di dalam wacana ini. Setelah menghadapai peperiksaan akhir semester inilah pertama kali ana menulis blog ini.

Alhamdulillah juga ana telah selesai menjalani program mukhayyam yang telah diadakan di Kem Rebutia bersama sahabat-sahabat seperjuangan.

Di sini ana hendak berkongsi sedikit mengenai pengalaman yang ana dapat. Perjalanan program ini sungguh memeritkan. Diri ini telah Di ‘basuh’ ,’diperah’ dan macam-macam lagi. Ini adalah untuk menguatkan diri sendiri sebagai seorang duat suatu masa nanti.
Tema yang di tekan semasa mukhayyam itu ialah TETAP PENDIRIAN dan QUWUAH. Elemen ini berkait rapat di dalam medan dakwah dulu, kini dan selamanya. Tanpa 2 elemen ini tentu sahaja para sahabat akan terkulai layu dan terus give up di dalam menegakkan kalimah Toyibbah.

Tetap pendirian, memerlukan suatu ketegasan yang bergantung kepada Islam. Ia juga bermain kepada 4 elemen iaitu akal, jasad, roh dan hati. Ke empat-empat elemen ini menjadi titik tolak seseorang itu untuk melangkah lagi sebagai seorang du’at. Di dalam memperjuangkan kalimah Laillahaillaallah, banyak rintang yang terpaksa di hadapi dan banyak pula pengorbanan yang terpaksa di beri. Pengorbanan pula boleh di bahagikan kepada 2 sudut, iaitu pengorbanan yang dituntut dan pengorbanan suka rela.
Hanya dengan aqidah yang kukuh, yang telah mengikat hati ini maka tetap pendirian ini akan terus menebal di dalah akal, roh seterusnya jasad untuk melorongkannya ke arah menyambung warisan Rasulullah iaitu dakwah. Tanpa tetap pendirian ini maka, sebagai mukmin, kita akan mudah goyah dengan tipu daya duniawi apatah lagi sebagai seorang Du’at atau pendakwah kita akan mudah tertipu dengan bayaran dunia yang bersifat sementara ini.

Sebagai contoh, sebagai du’at, memanglah terpaksa menempuh pelbagai ranjau dan duka, cabaran dan rintangan. Namun begitu bagi muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam menyebarkan islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar ini mereka mungkin hidup dalam senang lenang. Mereka umpama sudah selesa dengan kehidupan sekarang tanpa mengetahui bahawa mereka akan mati kelak. Oleh itu mereka lebih suka bersikap berkecuali di dalam menyampaikan risalah yang di bawa oleh Rasulullah. Mereka seolah-olah cukup bahwa hanya dri mereka sahaja islam, keluarga mereka sahaja islam atau yang lebih teruk di IC sahaja islam. Mereka telah termakan dengan harta duniawi tanpa memikirkan akhirat.

Walau bagaimanapun bagi du’at atau pendakwah atau da’ie, mereka terpaksa menerima rintangan daripada keluarga, masayarakat dan sekeliling kerana membawa suatu yang benar yang telah di bawa oleh Rasulullah untuk menukarkan adat-adat jahiliyah di dalam masyarakat islam sendiri. Rintang yang di hadapi bukan sebarangan di tangkap, di pulau, di cerca , di cederakan dan banyak lagi. Ini semua memerlukan elemen tetap pendirian dan di susuli dengan quwuah itu sendiri.

Latihan yang ana telah hadapi di mukhayyam telah banyak mendidik jiwa ini agar sabar dengan segala tohmahan yang di terima. Setrusnya bersedia di dalam menjadi du’at yang mampu membawa perjuangan rasulullah.

Kesimpulannya, untuk menjadi du’at yang mempunyai jati diri yang kukuh sebagai jundi alllah atau askar allah kita perlulah berpegang teguh pada quran dan sunnah serta mengamalkan dan menyampaikan pada yang lain. Bukan sahaja menyampaikan apa yang tertentu tetapi keseluruhan Islam itu sendiri. Dan inilah yang di namakan JIHAD

1 comments:

iman berkata...

salamualaikum

Kem Guantanamo mendidik kita supaya jadi salah satu binaan dalam soff yg tersusun kokoh.. moga kita adalah kalangan binaan yg menguatkan bukan melemahkan

wallahua'lam