Bismillahirahmannirahim dan assalamualaikum kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini. Sudah hampir 2 bulan diri ini tidak menulis dek kerana sibuk dengan praktikal di sekolah. kesibukan menjadi seoranbg guru, murabbi dan muallim menjadi kekangan di dalam penulisan ini, Namun diri ini berdoa agar tidak terlena sehingga leka di buai oleh tanggungjawab dunia yang tidak kekal ini.
Apa yang di harap blog ana ini masih menjadi bahan bacaan bagi mereka yang melawat. di samping itu juga komen dan nasihat yang membina masih di perlukan di dalam melatih diri ini menjadi seorang daie yang serba boleh.

Bila sahaja Ramadhan tiba persiapan yang paling rapi di bajet kan adalah apa yang nak pakai raya? rumah nak cat warna apa? pagar nak colourkan warna apa? longkang tak bersihkan lagi? penambahbaikkan rumah di jalankan...ini semua untuk penyediaan hari raya aidilfitri yang kononnya menyambut hari kemenangan.
Akan begitu pernah tak kita fikir...pakaian apa yang nak dipakaikan dalam hati pada ramadhan ini? Pagar bagaimana nak bina agar selepas bulan ramadhan diri masih terbina dalam keadaan soleh? longkang air mata kita adakah basah dengan titisan rayuan untuk keampunan? penambahbaikan diri adakah dijalankan?..Perkara-perkara ini telah kita lupakan buakan sahaja di builan ramdahan malah di bulan-bulan lain apatah lagi.
Syaitan di belenggu...tetapi masih lagi diri kita di belenggu dengan dosa-dosa yang lama. Di mana silapnya..? bila buat salah kita sering tunding jari pada syaitan namun bila bulan ramdhan kepada siapa kita nak tuduhkan? tepuk dada tanya iman....
Tidak salah untuk membuat keceriaan di rumah masing-masing. Akan tetapi ada tahap dan caranya. Jangan keceriaan rumah di beratkan tetapi keceriaan iman di pandang enteng sehinggakan diri tidak merasa apa-apa di bulan ramdhan ini...NAUZUBILLAH...
0 comments:
Catat Ulasan