kami PriHatin VS undang-undang islam

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim ku mula kan madah dengan nama Allah. Selawat dan salam kita panjatkan ke atas Rasulullah yang telah banyak membantu kita memperoleh iman dan islam. Baginda lah banyak membantu kita memberi petunujuk dari Allah tanpa Baginda kita entah ke mana mungkin bersama si kafir dan musyrik..

Namun begitu hari ini kita lihat ramai manusia terutama umat islam yang menyebut kalimah Allah..selawat ke atas Rasulullah tapi hanya sekadar di mulut sahaja. Adakah ini yang di katakan Islam? Kita guna kan nikmat kurniaan Allah guna oksigen guna rezekiNya tetapi kita ingkar pada larangannya . Tak malu kah kita? pada artikel kali ini ana hendak highlightkan masalah yang paling besar iaitu buang anak.

Buang anak semakin berleluasa. Hari-hari ada kes buang bayi. Hari ini Isnin bersamaan 12 April 2010, seoarng bayi lagi di buang dilonggokkan sampah. apa jenis manusia lah. Nauzubillah. Yang melakukan islam yang buang pun turut islam. yang mengubal undang-undang untuk menyelesaikan maslah pun islam. Namun begitu pihak yang mengubal undang-undang ini adakah terdiri daripada orang islam? ana yakin mereka dari islam. Adakah mereka tidak faham? di mana mereka letakkan syariat Allah?

sebagai generasi muda, ana menyeru kepada syabab dan banat ayuh lah berganding bahu untuk menegakkan syariat islam di atas bumi malaysia ini. Tumpaskan yang kuffar dan undang-undang daripada selain islam ini. semua ini akan dipersoal ke atas kita pada hari akhirat.

KAMI PRIHATIN VS SYARIAT ALLAH

ana terkejut bila gejala buang bayi meningkat dengan mendadak satu pasukan artis hasil sokongan kerajaan telah menubuhkan Kami Prihatin. Ana sedih dengan gelagat masyarakat sekarang. Gejala buang bayi berlaku tetapi ada pihak lain membuang duit buat konsert Kami prihatin lah support artis lah. Adakah ini jalan yang di redhai Allah? Artis pula tak tutup aurat. Lagi lah masyarakat lihat, kononnya mengajak melakukan pembanterasan tetapi mereka kebanyakkan tak ikut syariat dari Allah.

Tergempar! selepas seminggu KAMI PRIHATIN di jalankan hari ini satu bayi telah di buang dalam longgokan sampah. Inilah sumbangan KAMI PRIHATIN terhadap gejala ini. Bukan memberi kesan yang positif malah negatif. 

Ana menyeru kepada muslimin muslimat ikhwah dan akhwat marilah kita gerakkan jentera kita menyebarkan firman Allah dan amaran NYA., di dalam usrah-usrah kita dan program umum kita. Kita adalah harapan kepada islam. Islam lahirkan kita untuk tegakkan agama Allah ini. Tumpaskan kuffar. 

Ingatlah tiada undang-undang yang dapat selesaikan urusan manusia selain undang-undang yang diciptakan oleh pencipta manusia
 

1 comments:

Ghuroba' berkata...

ana setuju.
kempen KAMI PRIHATIN yg dianjurkan oleh artis memanglah pada dasarnya punya niat yg baik.
tapi, bila kita lihat balik kaedahnya jauh sama sekali tak menuju kpd tujuan asal kempen ni.
cuba teliti balik, dari mana datangnya gejala buang bayi ni?macam mana boleh terjebak?kebanyakan dosa atau maksiat ni takkan berlaku dgn sendirinye.
Selalunya sesuatu maksiat/dosa tu dimulakan oleh dosa yg lain terlebih dahulu. Contohnya tidak menutup aurat dan tidak menjaga adab.kemudian kaum adam spt kami yg secara naturalnya akan tertarik.yg tak dpt menahan tu dia mulakan langkah nak ngorat.
pastu kaum hawa ni pulak ada yg perasan n bangga ada lelaki tergilakan die apa lagi...
kemudian ..... dan seterusnya kpd pembuangan bayi.
sungguh berani ana nak nyatakan yg punca ni juga berpokok dpd lemahnya aqidah ummat kita.semua masalah ni hanyalah "tip of the iceberg".. yang paling core adalah aqidah yg sepatutnya merupakan konsep asas dlm ISLAM.