aKu...Ibu bapa...Dan UsraH....

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat ana yang ana kasihi...Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad yang telah membawa Islam kepada kita dengan penat lelah Baginda dengan pelbagai rintangan yang Baginda tempuhi untuk memberi kita secebis iman dan ISlam agar kita terselamat daripada api neraka kelak. ..Selamat Pagi ana ucapkan kepada semua pembaca blog ana...syukran kepada pembaca blog ana...Ana amat mengharapkan antum terus membaca segala apa yang di tulis dan dapat memberi komen dan nasihat setiap permasalahan yang ditimbulkan..Harap perkongsian ini dapat keberkatan dari Allah.INSYAALLAH...Ana juga amat berharap ada ahli keluarga ana yang membaca blog ana ini sebagai tempat mereka memahami situasi ana dilahirkan diatas muka bumi ini..YA ALLAH BUKAKAN LAH HATI MEREKA...





Ibu bapa amat penting di dalam hidup ana. Mereka telah banyak berhempas pulas di dalam membesarkan ana, memberi ana pelajaran dan pelbagai kemudahan yang di beri. Allah telah memberikan aku pelbagai kemudahan dan rezeki agar aku tetap tsabat di jalanNYA. Ana telah mendapat jalan dari Allah, iaitu telah masuk ke SMKA.Di sini ana telah mendapat banyak pendedahan banyak ilmu ISlam. Walaupun begitu ana di sini hanya MENGETAHUI Islam sahaja dan perlakuan ana adalah berdasar ISLAM yang "I' nya huruf besar bukan perlakuan "i"nya huruf kecil. Bukan MEMAHAMI islam lagi ketika ini

Setelah itu ana telah melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn. Disinilah bibit cinta dengan si Dia berputik. Pada degree sem 2 ana dan si Dia semakin rapat. Setiap minggu ana dating berjumpa dengannya. Setiap sabtu had ana ada program dengannya. Berdamping dengannya telah banyak mengubah hidup ana. Seperkara yang ajaib telah ana lalui keindahan dengannya ialah pada sem itu ana terlalu sibuk berkepit dengan si Dia tetapi exam ana pada kali itu meningkat dengan mendadak (YA ALLAH JAUHKAN AKU DARI PERASAAN RIAK). Ini adalah sebagai perkongsian. sekarang ana semakin rapat dengan si Dia. Setiap ujian yang melanda ana pasti tempuhi untuk menemui si Dia. Namun jika ada yang terdesak yang berhubung dengan hal keluarga emergency ana harus buat pilihan untuk memilih keluarga kerana tak nak berlaku fitnah kepada si Dia. Namun begitu sejak bercinta mengadu manja dan berkasih sayang dengan Si Dia banyak ketenangan yang telah di beri oleh Allah benarlah kata-kata Allah di dalam firmanNya dalam surah Muhammad ayat 7

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu"

SI DIA ADALAH USRAH....

bermula di sinilah ana mula berbelah bagi. Ana mesti pandai membahagikan masa. Ana tak nak tarbiyah yang ana dapat menjadi fitnah kepada diri ana. Bila ana fikir-fikir kan balik, ini baru ujian dari keluarga, belum lagi ujian dari luar seperti mana Rasulullah hadapi. Beliau dilempakan dengan tahi, di pulau, di ancam bunuh dan banyak lagi cabara yang beliau terpaksa hadapi. Disamping itu juga para sahabat juga telah banyak menerima dugaan yang mendatang.

Ana tertarik dengan cerita Mus'ab bin Umair, di mana beliau adalah seorang pemuda yang kaya dan tampan. Setiap kali beliau berjalan di kota Mekah pasti jelitawan akan tertarik hati. Setelah beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala-galanya. Sehinggakan ibunya pernah tidak mengaku dia sebagi anak jika mengikut agama Muhammad. Namun bgitu dia terus berdoa agar ibunya mendapat hidayah dari Allah
Kecewa. 



Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu. Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa? 
 Kehidupan selepas mendapat tarbiyah dan sebelum amat mencabar. Pengurusan masa, menjaga hati semua pihak amat penting. inilah yang dilakukan oleh Rasulullah IDOLA ana. walaupun ana bukan yang terbaik tapi masih lagi di dalam mencari yang terbaik dan menjadi yang terbaik.Cuma ana teringat satu lagi firman Allah yang seperti mengetuk dan memukul kepala ana iaitu dari surah attaubah ayat 24


"Katakanlah, jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal kamu yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya" dan allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Mungkin ujian initerjadi pada antum namun begitu, inilah tarbiyah Allah kepada kita sebagai seorang khalifah Allah di atas muka bumi ini. Di sinilah kayu ukur iman kita yang Allah hendak lihat. jika atas muka bumi ini ialah orang panggil sebagai KPI. Tetapi kita ada Allah mohonlah sebanyak yang mungkin. Jika Hindun yang memakan hati Hamzah itu boleh dijanjikan syurga inikan ahli keluarga kita yang Allah hendak uji kita.

Ya Daie ! sabarlah dalam menempuh ujian Allah ...sesungguhnya INI LAH TARBIYAH DARI ALLAH



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.






(At-Taubah:111)






    
                                                                                         ~AL-FARUQ~

0 comments: