FUTUR VS KEYAKINAN DIRI

Bismillahirahmanirahim..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI...selamat bertemu dan bersua sekali kepada pembaca blog ana..ana akui ana sudah kurang menulis namun begitu diri ini masih mampu untuk bernafas untuk berkongsi dengan antum semua tentang apa yang ada. Di harap pembaca blog ana yang terdiri daripada sahabat-sahabat ana dapatlah terus membaca di blog ana yang tak seberapa ini. Mungkin kekangan masa ana yang banyak pada perkara-perkara yang lagha membuatkan ana leka seketika untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang daie. Di susuli pula dengan dirinya sering futur ini, maka ana mengharapkan sangat-sangat teguran yang berterusan dari antum semua.


Penulisan kali ini ana hendak berkongsi dengan antum tentang seksanya diri ini apabila berada dalam kondisi futur. Futur lebih membawa maksud diri dalam keadaan leka lalai dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Perlakuan, gerak kerja yang tidak datangkan faedah pada diri dan Islam juga adalah termasuk di dalam futur. Namun begitu virus futur ini kadang kala di sedari dan kadang kala tidak di sedari, kerana gerak kerja atau 'dakwah' syaitan lebih hebat dari gerak kerja kita.


Ana mempunyai pengalaman yang banyak dalam kelekaan dan futur ini. Perkongsian ini bukan untuk membuka pekung di dada tetapi untuk memberi iktibar pada pembaca agar kita dapat mengetahui segala taktik syaitan untuk melemahkan jiwa anak adam. Antara sebab kita futur ialah kita telah meninggalkan atau melalaikan serba sedikit mutabaah amal kita. Bacaan Al-Quran, Al-Mathurat, puasa dan tahajud, ini semua adalah perisai asas bagi seseorang khalifah atau pembawa mesej Islam seperti kita. Bukan ana katakan ana khalifah tetapi KITA antum sebagai pembaca juga telah ditabalkan oleh Allah sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

Virus Futur ini telah biasa merebak di dalam jiwa daie-daie terutamanya. Setiap kali ana jamming (nama lain untuk usrah) ana sering mengadu tentang virus ini. Apa yang diberi oleh vokalis (nama lain bagi naqib) adalah kita hendaklah istiqamah di dalam setiap amalan kita. Ini yang ana tersentak kerana iman ini sehari-hari bertambah dan mengurang. Persekitaran yang mempengaruhi juga menjadi faktor mengapa kita futur. Pergaulan dengan kawan-kawan dan pemngaruh media tidak usah di pertikaikan lagi.

Futur juga boleh membawa kepada maksiat yang membawa taraf dosa besar. Apabila kita telah melupakan Allah maka kita akan menganggap bahawa Allah tidak mengetahui segala perlakuan kita. Ini juga menyebabkan keyakinan pada diri kita down secara automatiknya. Dan kesannya segala perlakuan kita tidak berlandaskan syariah.

POSITIFKAN

Namun begitu walaupun kita di dalam futur stu perkara yang harus kita ingat ialah, ini semua ujian dari Allah. Allah ingin uji kita sejauh mana iman kita. Allah ingin mengukur sejauh mana pentarbiyahan kita dan menyuruh kita berusaha memperbaiki diri. Ana pernah berfikir setiap kali melakukan dosa "apalah yang akan jadi sekiranya semasa akau melakukan dosa atau selepas melakukan dosa maka Allah akan tarik nyawa aku...NAUZUBILLAH". Namun Allah tetap memberi peluan kepada kita untuk kita bertaubat agar menjadi hamba Allah yang bersyukur.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar:53 


Jika di perhatikan ayat diatas bagaimana allah memujuk diri ita agar tidak berputus asa dengan rahmat Allah setelah melakukan dosa. Ini bermakna allah masih sayang apada kita walaupun kita telah melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai olehNYA. Allah masih sayangkan kita. Jika tidak mengapa selepas kita membuat dosa Allah masih beri kita nafas O2? makanan yang sedap-sedap? Pernah tak kita terfikir?


Jika seorang kawan mendapati kawannya telah membuat 'DAJAL' padanya adakah kawan itu akan menolongnya lagi? jawapannya tentu tidak. tetapi allah dengan maha Pengasih lagi penyayang di tambah pula Dengan Pengampun telah banyak memberi kita peluang agar teru memperbaiki diri agar  menjadi daie yang sempurna.


Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri..


INILAH TARBIYAH DARI ALLAH.....

2 comments:

IMANNURBALQIS berkata...

Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun, barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku,maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” [HR.Al-Bazzar]

Umar Al-faruq berkata...

syukran di atas nasihat enti...harap tidak jemu melontarkan nasihat