Namun bukan kereta hendak di ceritakan tetapi komponen dalaman. Jika Akh Faridul minat bola ana minat kerata untuk di modified menjadikan analogi dakwah. Akh Majeed pernah pesan " ubah penulisan enta menjadi penulisan Fikrah" insya allah ana kan cuba. tinta kali ini banyak muhasabah diri ana

Seperti dakwah dan tarbiyah ini. POWER STERENG dan PAUT STERENG adalah dua benda yang berbeza. Boleh Diandaikan POWER STERENG adalah mereka yang mempunyai keimanan dan akidah yang tinggi terhadap Allah. Mereka beriktikad dan mempercayai balasan Allah kelak. Oleh itu mereka dalam POWER STERENG ini faham apa tugasnya di atas muka bumi. POWER STERENG senang untuk di arahkan. Mereka yang akidah nya telah kuat maka mereka mudah diarahkan oleh naqib atau naqibah. Lihat sahaja para sahabat, Setelah mereka di dakwah oleh Rasulullah di Mekah dengan Akidah yang kuat mereka dapat bergerak dan diarahkan dengan laju sehinggakan matlamat untuk mencapai sebuah negara Islam dan tamadun dapat di capai.
PAUT STERENG, sangat susah dikendalikan sekiranya berlaku emergency maka amat susah untuk kita mengawal kereta. ini kerana stereng ini terasa amat berat sangat untuk melakukan putaran. Begitu juga di dalam Tarbiyah. Mereka yang tidak kuat iman dan iktikadnya tidak akan tahu apa peranannya diatas muka bumi allah ini. Mereka sukar untuk diarahkan untuk melakukan kerja-kerja dakwah. dalam pada masa yang sama juga daie yang kurang mendapat tarbiyah seperti daurahnya kurah mutabaah amalnya teruk turut mengalami seperti PAUT STERENG ini. mereka amat susah sangat untuk digerakkan.
Oleh itu marilah sama-sama kita meng'install'kan POWER STERENG ke atas diri manusia agar mudah kita bekerja bagi mencapai UStaziyatul Alam. firman Allah dalam surah alhujurat ayat 15
$yJ¯RÎ) šcqãYÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä «!$$Î/ ¾Ï&Î!qß™u‘ur §NèO öNs9 (#qç/$s?ötƒ (#r߉yg»y_ur öNÎgÏ9ºuqøBr'Î/ óOÎgÅ¡àÿRr&ur ’Îû È@‹Î6y™ «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNèd šcqè%ω»¢Á9$# ÇÊÎÈ
15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.
0 comments:
Catat Ulasan