“ Iman, kamu cuti ke hari ini?”


IMAN : Assalamualaikum….

DIRI: Wa’alaikumussalam… Oh Encik Iman. Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tidak dating ke pejabat, kamu cuti ker?

IMAN: Eh tak lah mana saya ada cuti bos… Saya kan diberi cuti…

DIRI: Ha’ah…ye tak ye pulak…Itu lah saya terlupa…saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil Cik Hawa dan Encik Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut pulak…malah lagi teruk..lepas terdengar ceramah dari TV terus saya teringatkan kamu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

IMAN: Jadi saya boleh bekerja kembali lah bos? Saya boleh ambil kembali jawatan saya dari Cik Hawa dan Encik Nafsu?

DIRI: Eh! Tak boleh…saya saying nak pecat mereka. Walaupiun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya hiburkan saya.

IMAN: Kalau macam tu… lebih baik saya berundur…

DIRI: Eh ! jangan, tolonglah saya, saya tak boleh hilang kamu berdua…

IMAN: Tapi bos kami tidak mungkin dapat bekerjasama dalam satu syarikat. Perbezaan kami sangat besar. Mereka berdua tu saya lihat sangat anti saya…

DIRI: Saya rasa serba salah lak

IMAN: Bos boleh pilih satu jer…Bos perlu mujahadah pecatkan Cik Hawa dan Encik Nafsu, bos

DIRI: Saya tahu…jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En Iman.. Iri hati saya lihat syarikat Ustaz disebelah tu…mereka boleh maju sebab ada orang seperti kamu. Baiklah saya perlu pecat juga mereka tak kira lah apa yang berlaku. En Iman saya mahu awak wujud kan kembali jabatan solat, puasa, zikir, al-quraan dan apa-apa yang berguna untuk Syarikat kita nie…

IMAN: Alhamdulillah…nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalo bos teruskan prestasi yang cemerlang nie…saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (ALLAH) sebagai MUTTAQIN

Kitalah bos kepada diri sendiri. Kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih utama dan pentingnya bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan yang baik…jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambaipalit dosa masuk ke dalam diri.


1 comments:

rosamajid berkata...

salam saudara...

Bagus article ni..
Ibrah'nye..jangan tunduk pada cik Hawa n en. Nafsu..tingkatkanlah Encik Iman dalam diri..moga cik Hawa n Encik Nafsu blh berambus nnti..hehe