kita berkorban untuk dunia? atau akhirat?

ASSALAMUALAIKUM..kepada pembaca blog ku yang ku kasihi. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam di serata dunia. Semoga dengan Aidil adha kali ini kita dapat menghayati erti pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi allah Ibrahim dan anaknya nabi Allah Ismail. Banyak pentarbiyahan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Akllah Ismail.

Seperti yang telah di katakana di dalam entry ana sebelum ini pengorbanan boleh di lihat di dalam dua sudut yang berbeza iaitu pengorbanan yang di tuntut dan pengorbanan yang rela. Pengorbanan yang di tuntut ialah pengorbanan seperti peristiwa nabi Allah tadi. Sementara itu pengorbanan yang suka rela , pengorbanan di mana kita menawarkan diri kita sendiri bagi mencapai sesuatu kejayaan.

Namun begitu ana suka menekankan pengorbanan yang dituntut. Pengorbanan ini memerlukan banyak kesabaran dan ia nya bukan mudah untuk di pikul. Pengorbanan ini telah di lakukan oleh Rasul junjungan kita iaitu Rasulullah S.A.W. beliau telah berkorban jiwa dan raga untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Dan ini telah di sambung oleh para sahabat dan seterusnya oleh pejuang-pejuang islam.

Mereka yang berada di dalam medan perjuangan menegakkan kalimah Lailahaillaallah ini memerlukan sedikit ketabahan kesabaran dan semangat bagi mencapai kejayaan. Cuba kita imbas kembali kejayaan Salahudin Al-ayubi, pemuda islam Muhammad Al-fateh. Mereka ini berkorban untuk menjadikan Islam sebagai satu wadah yang utama di atas muka bumi Allah ini.

Walau bagaimana pun, cerminlah diri kita…adakah layak untuk kita mengecapi kesenangan dan nikmat islam ini dengan mudah setelah perjuangan ini telah dilakukan oleh orang lain dan kita kini hanya berpeluk tubuh dan goyang kaki?kita menganggap islam itu sudah cukup untuk diri kita dan keluarga. Kita hiraukan orang lain. Kita abaikan tanggungjawab kita sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 30


30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Pahlawan islam yang gugur untuk menegakkan islam itu telah menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Dan kita sekarang tanpa segan silunya menggunakan jerih perih mereka, penat lelah mereka yang susah payah untuk mengecapi nikmat islam dan menyebarkan islam. Mereka buat untuk kita pada masa sekarang. Adakah kita terfikir?tak malukah kita?

Oleh itu marilah kita berganding bahu, bekerja bersama-sama seperti pejuang-pejuang dahulu untuk menegakkan Islam. Islam bukan ditegakkan atas dasar peperangan namun ia di tegakkan atas dasar Aqidah yang utama dan ukhwah yang se iman.

Wahai da’ie semua dan seluruh umat islam marilah kita berkorban untuk berdakwah di jalan Allah. Hal ini telah di firmankan oleh Allah di dalam surah An-nahl ayat 125

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan ini di tujukan pada Baginda Rasulullah namun Rasulullah telah wafat oleh itu sebagai umat Baginda kita hendaklah mengalas amanah ini. Oleh itu ia meliputi sekalian umat manusia islam tak kira sesiapa.

Da’ie memerlukan pengorbanan sama seperti Rasulullah. Mampukah kita menjadi seperti lilin yang sanggup membakar dan dibakar dirinya demi ingin memberi cahaya kepada pembakar?di dalam menyampaikan risalah yang di bawa oleh Rasulullah, banyak tohmahan dan dugaan yang dating. Bagi mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang tidak memahami ianya sungguh memeritkan. Inilah suatu pengorbanan yang terpaksa yang terpaksa dihadapi oleh seorang du’at. Dalam kata lain allah sedang mentarbiyah mereka-mereka di jalan Dakwah. Mungkin apabila berhadapan dengan masyarakat luar lagi besar mehnah nya.

Hakikatnya pengorbanan amat memerlukan di dalam kehidupan, lebih-lebih lagi pengorbanan di dalam menegakkan kalimah yang suci ini. Sebagai seorang khalifah pengganti Rasulullah kita perlu belajar cara tarbiyah yang di terima oleh para sahabat nabi. Ini adalah pentarbiyahan merekalah yang banyak membuahkan kejayaan meluaskan islam di setiap pelosok dunia. JADI MAMPUKAH KITA MEMIKUL TUGAS YANG BERAT INI?

TAKBIR ! ALLAHUAKBAR !

0 comments: