Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan

Madrasah Islamiyah BAKSO ( M I B )

0 comments
Teringin nak buat bakso, belajarlah diri ini, mana tahukan kalau sedap boleh jual jadi Khairul Azzam ( terpengaruh dengan cerita Ketika cinta bertasbih ) hehehe. barang-barangnya disediakan, daging kisar, tepung jagung, lada sulah, gula dan garam. Yang paling utama perlu ada API tiada API bakso tak masaklah hehehe.

Dalam membuat bakso bahan_bahan tadi banyak memainkan peranan. Contohnya jika tepung jagung berlebihan bakso akan menjadi keras, jika terlebih garam akan menjadi masin, terlebih gula maka bakso akan jadi manis. Yang mendapat penyakit si pemakan nanti. Dan yang paling utama ialah APInya perlu cukup jika tidak baksonya tak jadi.

INI kAh Kita?

0 comments
 Assalamualaikum kpd para pembaca sama ada ikhwah atau bukan dari kalangan ikhwah.
Pernah tak dengar kisah pejuang handalan uhud yang sangat rugi? Kisah ni jarang sekali diceritakan kpd ana. Kisah ni harap dapat dijadikan pengajaran buat semua ikhwah dalam perjuangan dakwah kita ini.
Ya, dialah QUzman.
Betapa handalnya Quzman di medan uhud di mana dia membunuh 7 hingga 8 org tentera musyrik tatkala tentera muslim semuanya sedang membuat pengunduran akibat pembantaian yang parah. Mana taknye, org semua tgh berundur, dia relaks lagi boleh panah musuh. Sampailah dia terluka parah. Dia dibawa ke rumah Bani Zhufr.Lalu salah seorang dpd tentera muslimin berkata "hai Quzman, engkau telah diuji hari ini, berbahagialah engkau"
Lalu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dia pun berkata "'Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang"
Dia pun cabut panah yg ada pada badan die dan bunuh diri.
Apabila sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, maka baginda berkata "Dia adalah penghuni neraka"..Para sahabat terkejut bila dengar berita tu dan Rasulullah pun menceritakan apa yang berlaku.
Sekarang pula, ikhwah sekalian. Nak ke nasib kita jadi macam tu? Lihat betapa pentingnya kita jaga kesucian niat kita sepanjang jalan dakwah ni. Untuk apa kita ikut tarbiyah ni? Unuk apa kita join dakwah ni? Supaya dapat makan free? Dapat kahwin ngan akhawat yang baik2? Nak dapat gelaran Syeikh? Nak Glamour? Atau atas dasar nasionalisme?
Fikir-fikirkan.
Memang niat kita di pertengahan jalan akan menyimpang seketika, tapi jalan ini masih panjang. Masih jauh lagi untuk kita give-up dan bertindak meninggalkan jamaah yg ada. Perbaharuilah niat kita.
Ingatlah, antara sebab-sebab tarbiyah kita "kering" mungkin sekali kerana niat kita dah tak betul. Yang menyebabkan Fikrah kita tak jelas, mungkin disebabkan adanya kepentingan2 peribadi atau peluang2 utk naikkan nama di jalan ini.
Nauzubillahiminzalik..
Ikhlaskan hati..sucikan niat kerana Allah dan RasulNya

*semoga dengan lembaran baru dapat memberi inspirasi dan keazaman pada diri kita*
(creadit pada laman nuqoba')

Lin Dan Vs Chong wei (ada apa pada no 1)

0 comments
sekian lama tak menulis hampir sudah sebulan lebih, dek kerena kesibukan tahun akhir dan pelbagai bebanan yang terpaksa di tempuhi . Namun Allah masih menyayangi diri ini. Dia mengutus dan memberikan masa kepada kita. Bak kata Akh Faridul pinjam dari kata-katanya dan di ubah sedikit... Cikgu setiap hari, murabbi setiap masa daie hingga akhir ketika. itulah apabila suatu hari akan menempuh ke alam Dakwah yang realiti bukan ideal lagi.


Minggu lepas aksi badminton terbuka malaysia. Melihat Chong Wei gah mengambil hadiah apabila kalahkan Taufiq hidayat. dia berkobar-kobar berhasrat mengalahkan Lin Dan namun Lin Dan telah menarik diri daripada pertandingan tersebut. Atas alasan Kecederaan.


 Hari ini, pertembungan dua jaguh badminton iaitu Chong Wei dan Lin Dan. Sepertidiketahui Chong wei telah lama dinobatkan sebagai Pemain No 1 dunia dan yang kedua adalah Lin Dan. tetapi indah khabar dari rupa , jauh panggang dari api.....ada apa pada no 1 jika Chong wei tidak membuktikan keupayaan. Dan lihat Lindan bukan lah berada pada ranking yang pertama namun di bijak mengatur strategik bahawa setiap 1 bukanlah suatu kecemerlang. Namun setiap kejayaan pasti ia adalah kecemerlang. inilah yang di tunjukkan oleh Lin Dan semangat untuk memBUKTIkan bukan hanya pandai berKATA-KATA.


Saudara ku..

Tarbiyah yang kita pikul tidak lah menjadi hebat sekiranya kita tidak membuktikan dengan kerja kita yang bersungguh-sungguh. Usahlah kita gah dengan hanya melaungkan ungkapan bahawa kita adalah terdiri daripada rumpun yang terbaik, yang mengikut sebuah model yang berpengaruh, namun cara bekerja kita hampeh. Ana bercakap untuk muhasabah diri ana juga. Kadang-kadang diri ini menjadi leka dan cuai dalam bekerja dan menjadi efek kepada cara kerja ikhwah/akhwat kita yang lain. Kita tidak membuktikan dengan bukti yang nyata.



Sesungguhnya Allah amat membenci yang hanya pandai berkata-kata namun tidak tahu bergerak dengan sepatutnya. Seringkali diri ini di ingatkan oleh ikhwah bahawa adalah usaha kita sudah setimpal dengan bebanan yang telah di uji oleh allah?. allah akan uji kita dengan ujian yang pasti kita boleh atasi. Amat zalim allah sekiranya Dia memberi kita ujian yang kita tidak dapat mengatasinya. Sesungguhnya Allah lebih mengerti penciptaanNya.

Nah sekarang hanya terletak pada diri kita sebagai seorang daie. Hendak menerima ujian ini atau hanya seperti tin kosong yang bila di ketuk hanya bunyi sahaja yang kuat tapi dalamnya hanya tinggal habuk sahaja. Janganlah kita tertipu dengan no 1 tetapi kita tidak pernah buat seperti yang sepatutnya. Tulisan ini adalah untuk tempelak diri sendiri agar tersedar dari lamunan.

kadang kala ku rasa diri ini sudah cukup
namun tarbiyah yang ku dapat dan ku amalkan dengan lingkup

ku terfikir dakwah yang ku buat sudah cukup di ukur
namun kerja yang ku lakukan  selalu tersungkur

dek kerana tarbiyah rohani menjadi longlai
merasakan diriku seperti di salai

ku lemah,
ku jatuh,
ku tersungkur,

Ya allah berikan daku kekuatan,
agar ku tsabat dalam jalan ini,
jadikan seperti mereka,
yang terus bergerak dalam medan dakwah ini,

UPDATE = PEMUDA

0 comments


Jika sebelum ini ana ada berkongsi tentang antivirus. Tidak lengkap sesuatu antivirus itu tidak di UPDATE kan. Tidak berguna ada antivirus yang power tapi tidak di UPDATE kan. Komputer atau laptop tidak akan selamat dek kerana perisai tiada dan ini memudahkan serangan malware yang tidak di ingini atau virus akan mudah infected pada laptop. Kesannya adalah pada pengguna yang tiada kepuasan di dalam menangani masalah.


Pada awal dakwah Rasulullah, Baginda telah berdakwah kepada mereka yang terdekat dengan baginda. Mereka ini di gelar sebagai AL-SABIQUN AL-AWWALUN. Baginda memilih mereka yang muda untuk membantu dakwah ini. Paling muda ialah Saidina Ali (remaja), di ikuti pemuda-pemuda seperti Abu Bakar Assidiq, Uthman Affan, Zubair Al-Awwam dan ramai lagi. ini membuktikan untuk membangkit dan membawa Islam ini adalah mereka berjiwa muda dan bonusnya jika ianya berusia muda.

Saudaraku....

bila ada masalah mesti di tujukan pada PEMUDA.....
jenayah mesti dihalakan pada PEMUDA....

harapan yang besar di galaskan pada PEMUDA...
pencorak masa depan PEMUDA....

mengapa fokus kepada PEMUDA...?
baik buruk semuanya pada PEMUDA....

Sejarah telah membuktikan segalanya. sejak zaman Rasulullah lagi Pemuda lah sebagai benteng utama di dalam membawa panji Islam ini. Dan dari awal pembabitan merekalah pemuda di beri harapan bagi menggerakkan risalah yang mulia ini. Mereka pada zaman itu tiada suatu institusi untuk melatih mereka menjadi seorang pemuda yang berilmu dan jitu di dalam diri.


Jika di bandingkan dengan kita, pendedahan sejak dari zaman persekolah hingga institusi tinggi telah di dedahkan dengan Islam. Namun mengapa kita tiada kekuatan dan semangat di dalam membawa risalah yang mulia ini. 

Unsur pemuda ini juga telah digunakan oleh Marx di dalam menjalankan sistem perubahan atau revolusi bagi menggantikan sistem Kapitalis. Dan beliau berjaya menggerakkan pemikiran ideologi ini serata dunia dan di terima pakai. Jadi di mana sikap kita sebagai pemuda Islam.

Adakah kita telah selalu meng 'UPDATE' diri kita menjadi Pemuda yang kental dengan sungguh membawa risalah ini seperti para sahabat? tidak kah kita malu , kita hanya menggunkan nikmat MUDA yang telah dicurahkan oleh PEMUDA ISLAM yang dulu untuk menikmati Islam kini. Rasulullah juga bersabda di dalam hadisnya 

Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,

masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati,
dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

Jelas di sini Rasulullah menyuruh kita semua mengejar nikmat muda itu untuk membawa panji Islam ini sehingga berjaya. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dan wajib tunaikan. Janganlah kita menggunakan usia muda kita dengan begitu leka dan seronok. Suatu hari kita turut akan mati dan di tanya kemana kita guna umur ini.

Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber

matair kebangkitannya.Sejarah ummat ialah sejarah para
tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat
dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya
diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu
melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat riajl yang
sebenarnya…” (IMAM HASAN AL BANNA)

Antivirus FREE VS antivirus Beli (yg ada LICENSED) (BAHAGIAN 1)

0 comments
Bismillah. Segala puji ke Hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Dia memberi pinjaman O2 dan CO2 kepada kita agar kita dapat lagi mengabdikan diri pada NYA untuk menjadi KHALIFAH di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah yang banyak memberi tunjuk ajar tentang Islam sehingga kita dapat menikmati dan memilikinya. Alhamdulill

Cuti sem telah bermula bagi Maktab atau Teacher Training ( try speak english) telah awal menikmati cuti daripada IPTA yang lain. NAmun begitu bagi pelajarcuti adalah ditunggu-tunggu namun bagi Da'ie di University Of Tarbiyah cuti memang tiada dalam kalender tahunan. Cuti inilah kayu ukur kepada kita sebagai da'ie untuk memgaplikasi segala bentuk tarbiyah yang di terima selama ini. Sama ada teruk atau bertambah baik itu semua bergantung pada individu itu

Cuti baru-bari ini di rumah ana dikejutkann dengan serangan virus . Habis semua komputer di serang virus . semua kerja tergendala. Semua antivirus di cubanya dari yang tak bagus ke yang bagus. Tapi itu semua yang di download dari internet berstatuskan free. Di bandingkan jika kita beli antivirus di Kedai Komputer yang siap dengan licensed one year or three year, fungsinya memuaskan apatah lagi jika ditambahkan dengan internet security. Memang perfomance memuaskan hati dan komputer sentiasa dalam keadaan yang selamat. TROJAN, WORM. dan segala suku sakat virus semuanya mudah di scan dan di hapuskan.

Antivirus yang berstatus free, mudah di dapati, mudah di update, tidak perlu pada bayaran, yang perlu hanya cari di internet sahaja. Tapi ianya tidak memuaskan banyak virus yang mudah masuk ke dalam PC , NETBOOK atau LAPTOP. Antivirus yang ber'license' paling murah berharga tidak kurang RM 50 adanya siap INTERNET SECURITY mencecah harga RM 200.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! “(Yaasin: 60).

Bila kita menyebut mengenai syaitan ia akan berkait rapat dengan nafsu yang jahat. Nafsu yang membawa kepada kemungkaran. Yang membawa kepada kemurkaan Allah kepada kita. Tarbiyah yang kita perolehi adalah sibghah terhadap jiwa dan akhlak kita. Tarbiyah yang kita perolehi itulah yang menghalang atau menjadi protection terhadap segala tindak tanduk kita sebagai seorang da'ie.



Tarbiyah di umpamakan seperti Antivirus. Bagaimana kita mula-mula dulu mendapat tarbiyah? Semasa perolehi tarbiyah dan selepas mendapat tarbiyah. Ini semua bergantung bagaimana seseorang itu mendapatkannya. Adakala seseorang itu mendapat hasil daripada latar belakang keluarga yang telah mendapat tarbiyah sekian lama. Jadi secara automatiknya dia pun di tarbiyahkan. Di sini ada dua peringkat sama ada dia akan jadi Qowiy atau dia akan jadi biasanya sahaja kerana berpegang pada 'alah mak ayah aku ikhwah' maka dia kan memandang enteng pada dakwah ini.

Ada pula mendapat tarbiyah kerana di dakwah fardiah kan ada pula yang mencari sendiri. Dan tarbiyah inilah yang akan menjadi kuatkan diri, menjaga segala akhlak kita sebgai seorang daie. MUTABAAH adalah antivirus yang paling penting ketika cuti ini. Jika kita mengambil ringan terhadap mutabaah maka ianya akan melemahkan diri kita maka nafsu akan menguasai.

Oleh itu bagaimana hendak dapat kan ANTIVIRUS INTERNET SECURITY ? betulkan niat mengapa kita sertai tarbiyah? dan bagaimana kita mengaplikasikan nya...dan adakah ianya sangat berharga dalam hidup kita. Insya allah ANTIVIRUS INTERNET SECURTY ini akan menjaga, scan dan protect kita. 

IKUTLAH RESMI LALANG

0 comments
SALAM UKHWAH SALAM DAKWAH DAN SALAM TARBIYAH.... ana tujukan pada semua sahabat-sahabat yang telah terjebak di dalam kancah dakwah yang mulia ini. Alhamdulillah...kita masih lagi bernyawa dan di kurniakan segala kesempatan untuk bernafas di atas bumi Allah untuk menjalankan tanggung jawab yang mulia ini iaitu sebagai khalifah allah dan sebagai I'BADURRAHMAN.

Guru, cikgu, murabbi tidak banyak beza. Cuma perbezaan adalah dari tarbiyah dan peranan yang dijalankan oleh mereka. Namun sebagai seorang manusia yang paling penting kita mesti tahu peranan sebagai seoranga hamba. Cikgu, doktor, engineer, dan sebagainya adalah suatu sampingan di dalam kehidupan. Itu bukanlah kayu ukur yang hakiki. memang tidak dinafikan ini adalah penting juga bagi masyarakat memandang kita. Namun ini adalah hanya telur putih (nak tahu lanjut ikut ISK atau flashback hehehehe). Tetapi telur kuning mestilah diperkuatkan (tarbiyah)

Orang yang menulis nie pun bukanlah seorang yang perfect. Namun begitu, masih lagi terus memperbaiki diri di dalam menjadikan diri ini penting seperti mereka yang telah menemui Penciptanya dengan membawa portfolio yang telah di tetapkan sejak dari azali lagi iaitu da'ie.


Ikut resmi LALANG?. orang tua kata ikut resmi padi makin lama makin berisi dan makin tunduk.LAlang tiada pendirian. Kebetulan ana pergi usaha kan ladang orang tua ana. ana lihat Lalang banyak merimbun di merata tempat dan ada IBRAH (pengajaran) yang ana dapat.


LALANG di tiup angin ke kanan akan ke kanan ditiup ke kiri akan ke kiri. Tetapi lalang ini terdapat kelebihan yang mampu menjentik hati kita sebagai seorang da'ie. Walaupun lalang ini di cantas di potong kerana ia menjadi pesaing namun dia tetap akan tumbuh. Lalang juga tidak kira di mana sahaja dia akan tumbuh. Di atas tanah, di tepi longkang, di sawah (jika adalah) di mana-mana sahaja ia berada. Tak kira tempat. Bukan seperti padi hanya tumbuh di bendang sahaja. Cuba benih padi di tabur atas tanah biasa? tumbuh tak? dengan kuasa allah akan tumbuh tapi benih padi mesti di bendang jua. Lalang? di mana-mana boleh tumbuh di mana ia jatuh benihnya di situ ia akan tumbuh.


Analoginya sebagai seorang da'ie kita hendaklah tumbuh di mana sahaja kita berada atau dicampakkan. Kita tidak seharusnya memilih di mana kawasan yang kita kehendaki atau yang kita senangi. Di mana sahaja kita berada kita harus mempraktikkan tarbiyah yang telah di saduri dalam diri kita. Keluhan dan rintihan yang mengatakan susah atau payah tidak seharusnya berada di bibir kita. Cuba lihat muwasafat yang telah di bentangkan oleh HASAN AL-BANA. iaitu mampu berdikari dan bermanfaat pada orang.


Lalang juga menghasilkan O2 bukan kah memberi manfaat? dan juga berdikari (cari hasil sendiri). Ialah mana tidaknya benih yang berterbangan akan jatuh di mana sahaja di tiupkan dan di atas tanah itu ia akan berusaha mencari sumber rezkinya untuk terus hidup. Jadi sebagai seorang da'ie tidak seharusnya kita merungut apabila telah diletakkan di suatu tempat. Yakinlah ! Allah mengetahui kemampuan kita. Sebab itu allah letakkan kita di tempat berkenaan. CIKGU, adalah suatu pekerjaan yang akan dipostingkan di mana-mana. Guru membawa pelbagai ilmu yang ada. Oleh itu sebagai guru kita hendaklah lengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sempurna dan tarbiyah diri yang mantap. dari mana hendak dapat? tidak lain dan tidak bukan adalah dari USRAH yang di bentuk. Tarbiyah itu akan di gilap dan menjadi perisai diri. USRAH dan TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA tetapi SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN USRAH DAN TARBIYAH.

~SEKADAR RENUNGAN DAN BUAH FIKIRAN~

u/p = artikel bukan hanya untuk guru tapi untuk semua mereka yang bergelar khalifah allah


POWER STERENG VS PAUT STERENG

0 comments
3 tahun lepas ana di beri kebebasan yang besar iaitu kereta selepas kebebasan yang pertama jauh dari mak bapak (bila dah masuk maktab ler....batu pahat). Siapa anak yang tak rasa bebas selepas mak ayau jauh dari pandangan mata. Banayak perkara yang akan dilakukan oleh anak-anaknya (hehehe). Kereta adalah perkara yang penting dalam kehidupan anak muda. bila dah dapat kereta panjanglah langkahnya. Zaman jahiliyyah, kereta menjadi fungsi utama nak ke sana dan ke sini. Namun setelah tarbiyah menjadi pakaian kereta adalah penting pada kehidupan sekarang.

Namun bukan kereta hendak di ceritakan tetapi komponen dalaman. Jika Akh Faridul minat bola ana minat kerata untuk di modified menjadikan analogi dakwah. Akh Majeed pernah pesan " ubah penulisan enta menjadi penulisan Fikrah" insya allah ana kan cuba. tinta kali ini banyak muhasabah diri ana

Kereta ana stereng nya PAUT STERENG, tapi bila sesekali bawa POWER stereng alangkah nikmatnya. Pengawalannya sangat best. Sehingga tidak memerlukan kepada tenaga dan kudrat yang banyak untuk mengendalikan kereta tersebut. Sehinggakan terlupa yang POWER stereng itu bukan hak kita. Bila disebut POwer stereng kita akan mendapati ianya mempunyai minyak yang khas untuk menggunakannya. Minyak ini yang berfungsi sebagai melembutkan dan memudahkan putaran sterng secara generalynya jer.


Seperti dakwah dan tarbiyah ini. POWER STERENG dan PAUT STERENG adalah dua benda yang berbeza. Boleh Diandaikan POWER STERENG adalah mereka yang mempunyai keimanan dan akidah yang tinggi terhadap Allah. Mereka beriktikad dan mempercayai balasan Allah kelak. Oleh itu mereka dalam POWER STERENG ini faham apa tugasnya di atas muka bumi. POWER STERENG senang untuk di arahkan. Mereka yang akidah nya telah kuat maka mereka mudah diarahkan oleh naqib atau naqibah. Lihat sahaja para sahabat, Setelah mereka di dakwah oleh Rasulullah di Mekah dengan Akidah yang kuat mereka dapat bergerak dan diarahkan dengan laju sehinggakan matlamat untuk mencapai sebuah negara Islam dan tamadun dapat di capai.




PAUT STERENG, sangat susah dikendalikan sekiranya berlaku emergency maka amat susah untuk kita mengawal kereta. ini kerana stereng ini terasa amat berat sangat untuk melakukan putaran. Begitu juga di dalam Tarbiyah. Mereka yang tidak kuat iman dan iktikadnya tidak akan tahu apa peranannya diatas muka bumi allah ini. Mereka sukar untuk diarahkan untuk melakukan kerja-kerja dakwah. dalam pada masa yang sama juga daie yang kurang mendapat tarbiyah seperti daurahnya kurah mutabaah amalnya teruk turut mengalami seperti PAUT STERENG ini. mereka amat susah sangat untuk digerakkan.


Oleh itu marilah sama-sama kita meng'install'kan POWER STERENG ke atas diri manusia agar mudah kita bekerja bagi mencapai UStaziyatul Alam. firman Allah dalam surah alhujurat ayat 15



$yJ¯RÎ) šcqãYÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä «!$$Î/ ¾Ï&Î!qßuur §NèO öNs9 (#qç/$s?ötƒ (#rßyg»y_ur öNÎgÏ9ºuqøBr'Î/ óOÎgÅ¡àÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNèd šcqè%Ï»¢Á9$# ÇÊÎÈ
15.  Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.

WALLAH HU ALAM



Sejenak Tentang Eid Mubarak

0 comments
Oleh: al-Fadil Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian makhluk..nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan orang yang menyampai dakwah sehingga hari Kiamat.

Inilah Eidul Fitri yang dipenuhi iman kini datang menemui kita, melalui jiwa kita dan menyentuh dada kita dan menolong kita untuk taat kepada Tuhan kita. Pada hari raya jelas terbayang tanda kegembiraan dan kebahagiaan, bercampur perasaan kemanusiaan yang tulin dan baik di dalam jiwa manusia hasil daripada nilai-nilai kesucian, kasih sayang dan persaudaraan.

Di antara tanda yang baik

Umat Islam semuanya keluar pada hari raya, baik lelaki dan perempuan, tua dan muda menuju kepada upacara yang gemilang di tempat solat hari raya. Di sinilah bergema takbir dan tahlil. Kita mulakan hari ini dengan solat, kemudian mendengar khutbah raya dengan penuh khusyuk dan tunduk kepada Allah Tuhan semesta alam.

Manchester Football Club (edisi kemas kini)

0 comments
Ada beberapa cara membina sebuah pasukan. Anda boleh memilih cara Manchester United, anda juga boleh memilih cara Manchester City. Semuanya terserah di tangan anda.

Manchester City, semenjak diambil alih oleh kumpulan Abu Dhabi, tiba-tiba mencipta nama di persada bola sepak Britain. Bukan mencipta nama dengan memenangi gelaran English Premier League, sebaliknya mencipta nama dengan pembelian-pembelian besar, dengan perbelanjaan-perbelanjaan besar, demi membawa masuk nama-nama besar. Maka tibalah nama-nama seperti Robinho sang bintang Brazil, Carlos Tevez sang wira Argentina, Adebayor sang hero Arsenal, malah ramai lagi nama-nama besar ke pasukan bersimbolkan burung helang ini. Sekelip mata, pasukan yang pernah 2 kali turun divisyen dalam tempoh 3 tahun pada tahun 1990-an ini, menjadi pasukan yang dibarisi bintang-bintang bola sepak terkenal. Mungkinkah pasukan yang hanya sekali memenangi gelaran kejuaraan ini –itulah Piala Liga pada tahun 1976- mengungguli persada bola sepak Inggeris, persis yang dilakukan oleh kelab bola sepak Chelsea?

cat Rumah. Basuh longkang, Sapu halaman....INIlah adAt nak RAYA...(jomLAH lihat dalam konteks RAmadhan kita)

0 comments
Bismillahirahmannirahim dan assalamualaikum kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini. Sudah hampir 2 bulan diri ini tidak menulis dek kerana sibuk dengan praktikal di sekolah. kesibukan menjadi seoranbg guru, murabbi dan muallim menjadi kekangan di dalam penulisan ini, Namun diri ini berdoa agar tidak terlena sehingga leka di buai oleh tanggungjawab dunia yang tidak kekal ini.

Apa yang di harap blog ana ini masih menjadi bahan bacaan bagi mereka yang melawat. di samping itu juga komen dan nasihat yang membina masih di perlukan di dalam melatih diri ini menjadi seorang daie yang serba boleh.

Penulisan kali ini ana nak berkongsi tentang diri kita atau diri ini yang menyambut ramadhan. Ramadhan telah masuk hari yang ke 14. Sedar atau tidak kita semua sudah berada di dalam zon maghfirah iaitu zon pengampunan. Namun begitu adakah kita ada muhasanah diri yang hina ini?

Andai Rasulullah datang ke rumah kita.......

1 comments

"Dan Allah berbuat demikian, untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu." (3:154)

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum.....

Susu ikhlas

1 comments

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهِ مِن بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِّلشَّارِبِينَ ‌[١٦-٦٦]
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (Al-Nahl, 16:66)

Ikhlas itu ibarat susu.
Susu yang tidak terpengaruh oleh persekitaran yang kotor dan berdarah.
Warna dan keadaannya tetap suci dan bersih dari campuran kotoran dan darah dari perut binatang.
Sangat indah bukan?
Subhanallah. Sangat-sangat comel Allah ni.
Susu itu benar-benar ikhlas.
Tidak terpengaruh oleh persekitaran.
Tetap kekal imunitinya.
Tetap kekal keputihannya walau bercampur dengan kotoran dan darah.
Sama juga seperti seorang pejuang agama Allah.
Akan tetap berjuang di mana-mana di setiap saat dan nafas.
Walau dicampak di mana-mana tempat,
akan tetap berda’wah menunaikan kewajipan syahadatul haq, penyaksi atas kebenaran.

Ikhlasnya seorang pejuang agama Allah,
seperti Khalid Al-Walid,
walau dipecat dari menyertai peperangan,
dia masih mengekalkan prestasinya dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
“Aku berjihad kerana Allah, bukan kerana Umar”


Refleksi diri.
Sejauh mana tahap ikhlas kita dalam meneruskan usaha menyeru manusia kembali kepada Allah?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang agung.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.
(At-Taubah, 9:111-112)
Teruskan usaha mencari redhaNya!

Artikel : faridul.wordpress